Dengan Membuat 5 Kesalahan E-mel Ni, Coworker Pasti Anggap Korang Tak Profesional
# Pengetahuan Pekerja

Dengan Membuat 5 Kesalahan E-mel Ni, Coworker Pasti Anggap Korang Tak Profesional

post by Shasha

by Shasha

Mar 20, 2017
at 5:03 AM

Hati-hati dengan apa yang korang tulis dalam isi kandungan e-mel tu, silap hari bulan boleh buat coworker pun tak senang dengan korang. Walaupun hanya e-mel, korang buat silap je, tahap profesionalism korang akan dipandang rendah oleh coworker mahupun yang rapat. 

1. Kononnya ‘urgent’ e-mel yang hakikatnya tak pun

Asal hantar e-mel je, semuanya 'urgent' lah. Taktik ni dah basi ya kononnya nak tarik perhatian coworker untuk baca dan balas secepat mungkin. Sampai satu masa nanti bila e-mel tersebut betul-betul 'urgent', takda siapa pun nak layan.

 

2. SEMUANYA NAK CAPS LOCK, PUN TAK BOLEH JUGAK

Marah betul tu guna CAPS LOCK? Bila korang berkomunikasi secara lisan ni, agak sensitif sebab ada kemungkinan tinggi berlakunya perselisihan faham. Ada yang beranggapan penggunaan CAPS LOCK ni adalah simbolik kepada kemarahan.

 

3. Buang tebiat ke hantar e-mel 3 pagi?

Apa korang rasa bila kena kacau pukul 3 pagi? Annoying kan? Waktu pagi lah masanya korang nak ambil mood, fe-feeling produktif tapi kalau pagi-pagi buta dah kena kacau memang lah potong mood 

Tindakan sebegini lah korang senang di label workaholic, takda life dan macam-macam lah. Faham, korang teruja bila dapat idea tengah malam tapi apa salahnya simpan untuk waktu pejabat nanti kan?

 

4. E-mel panjang berjela 

Dah nama pun e-mel, mestilah isi kandungan pendek dan padat kerana semua orang akan baca e-mel tu sekadar nak scan je maklumat yang terkandung. Jadi tak perlu lah korang nak tulis e-mel panjang berjela. Lebih elok gunakan bullet point, senarai nombor ataupun pecahkannya ikut perenggan. Takda lah serabut sangat si pembaca. 

 

5. E-mel asal boleh je 

Tak kisah lah korang e-mel pada coworker yang rapat sekali pun, kan lagi sedap kalau sertakan perkataan yang manis :  ‘please,’ atau ‘thank you’. Bak kata orang, sentiasa jaga adab, orang akan sentiasa hormat korang.