Tiada Lagi Istilah 'Good/ Bad Worker', Bekas Eksekutif Apple & Google Dedahkan Kewujudan 2 Jenis Pekerja
# Pengetahuan Pekerja

Tiada Lagi Istilah 'Good/ Bad Worker', Bekas Eksekutif Apple & Google Dedahkan Kewujudan 2 Jenis Pekerja

post by Shasha

by Shasha

Mar 23, 2017
at 2:20 AM

Dalam dunia kerjaya ni, korang akan dikelilingi oleh bermacam-macam ragam pekerja lain. Macam-macam belang korang nampak kan? Masing-masing nak jadi hebat, berlumba-lumba nak tonjolkan diri, persaingan yang tak pernah berhenti.

Tapi adilkah kita kalau asyik melabel 'pekerja bagus' dan 'pekerja tak boleh guna' ? Kim Scott, Bekas Eksekutif Syarikat terkemuka Apple dan Google dengan beraninya nyatakan hanya wujud dua jenis pekerja dalam apa jua syarikat : 

1. Superstar - fast learner, teruja nak belajar lebih

 

Ramai je pekerja seperti superstar ni, korang ni memang superman lah buat kerja sepantas kilat. Tiada masalah pun dalam menerima kerja baru sebab korang : 

  • Memang suka cabaran baru, korang jadi hyper active 
  • Mahukan perubahan dalam kerjaya sepantas kilat 
  • Masih perlukan mentor untuk bimbing korang supaya sentiasa on track 

 

2. Rock Star kapak - mahu kestabilan & tak suka rushing

Kriteria rock star ni lebih pentingkan stabiliti, perkembangan dan keseimbangan dalam kerjaya. Korang ni bukannya lembab nak tunjukkan progres dan prestasi kerja tapi :

  • Mahu explore dengan lebih mendalam lagi dalam sesuatu bidang. Nak mahir kena lah kumpul pengalaman dan ianya akan ambil masa sedikit lama.
  • Bukan jenis yang gila kuasa, korang buat kerja tertib dan teliti sebab mahukan kualiti yang mantap

 

Superstar + Rockstar = perfect team!

Kalau masih tak bekerja macam nak tahu korang ni pekerja Rockstar atau Superstar kan? Jom daftarkan diri korang ke EKSPO MAUKERJA 2017 yang akan diadakan pada 15 April ini, jangan lepaskan peluang hebat ini!