Tak Semua Industri Pekerjaan Dah 'Mati'. TalentCorp Dedahkan 8 Kerjaya Yang Masih Laku!
# Jenis Pekerjaan # Gaya Hidup

Tak Semua Industri Pekerjaan Dah 'Mati'. TalentCorp Dedahkan 8 Kerjaya Yang Masih Laku!

post by Shasha

by Shasha

Mar 26, 2017
at 5:25 AM

Bukannya korang ni tak cukup kelayakan untuk diambil bekerja, cuma tak semua bidang yang korang ceburi tu kurang peluang dalam dunia kerjaya di Malaysia. Jadi pada semua job seekers, take note! TalentCorp dedahkan antara kerjaya yang masih ada permintaan pekerjaan di Malaysia. 

Ianya boleh jadi panduan juga pada adik-adik yang masih bingung tak tahu nak pilih bidang pembelajaran di Universiti. Jangan salah pilih sudah!

1. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)

Di kala zaman digital berkembang bagai cendawan tumbuh, banyak syarikat perlukan IT expert seperti korang untuk selesaikan masalah sistem digital : analisis, automasi perniagaan, keselamatan siber dan kecerdasan sistem, memandangkan hampir semua syarikat gunakan teknologi digital. 

Kerjaya : penganalisis sistem, pembangun perisian, penganalisis pangkalan data, penganalisis rangkaian, penganalisis meja bantuan teknikal dan ujian jurutera.

 

2. Logistik dan Pengurusan Rantaian Bekalan

Ha macam jarang dengar kan? Antara tanggungjawab dalam bidang ni termasuklah menangani proses merancang, perlaksanaan dan kawalan prosedur pengangkutan dan penyimpanan barangan. Memerlukan perancangan pengangkutan serta inventori dan gudang pengurusan. 

Jenis kerjaya : pengurus logistik, pengurus bekalan, pengurus gudang, pengurus pengedaran dan pegawai perolehan.

 

3. Komunikasi - 'Masscommers'

Tulang belakang industri media! Jangan salah faham ya, profesyen dalam industri ni bukan sekadar menempel muka depan TV. Bidang ni adalah gabungan dua aspek iaitu sains sosial dan kemanusiaan. 

Banyak lagi profesyen korang boleh explore  : pengurus komunikasi korperat, penerbit, penulis skrip dan pengurus perkhidmatan pelanggan, pegawai perhubungan awam, dan editor.

 

4. Business

Ni lah basic platform untuk korang explore dengan lebih mendalam lagi tentang selok belok perniagaan ni. Memang tak dinafikan lagi bidang perniagaan ni dapat permintaan terbesar dalam dunia kerjaya. 

Antara kerjaya korang : pengurus jualan, pengurus pemasaran, perunding pengurusan dan pengurus sumber manusia. 

 

5. Kewangan 

Setiap syarikat mesti ada taiko dalam bidang kewangan iaitu boleh dikatakan sebagai Major di bawah Pengurusan Perniagaan. Taiko dalam bidang ni lah akan buat keputusan pelaburan yang kukuh dan menguruskan wang syarikat dengan baik. Antara industri yang boleh korang explore : bank-bank, syarikat-syarikat perdagangan, sekuriti dan perundingan.

Profesyen kerjaya  : penyelidikan kewangan, penasihat kewangan korporat, perancang kewangan dan eksekutif kewangan. 

 

6. Perakaunan

Bidang ni bukanlah semata-mata buat kiraan je memanjang. Korang akan kembangkan kemahiran perincian, check and balance kewangan, dan pemikiran kritikal. Tidak kira apa sektor ekonomi sesebuah negara, jawatan akauntan dan perunding cukai sentiasa relevan.

Jenis kerjaya yang korang boleh ceburi :  juruaudit, perunding cukai, pengawal kewangan, pengurusan akauntan dan pakar GST.

 

 7. Senireka Grafik dan Multimedia

Kreativiti korang melangkaui luar kotak fikiran? Bidang ni memang menarik untuk korang explore dan cetuskan imaginasi. Bakat korang memang pelbagai : hasilkan visual gempak, reka bentuk laman web yang mudah digunakan ataupun hasilkan watak-watak animasi 3D. Bakat unik korang ni sentiasa ada market di mana-mana saja. 

Masa depan korang sebagai : pereka laman web, pereka grafik, animator dan artis 3D.

 

8. Sains Aktuari

Melalui bidang ni lah korang akan mengaplikasi pengetahuan statistik dan matematik bagi memikirkan risiko terhadap individu, perniagaan dan kerajaan. 

Kerjaya yang menanti : ahli matematik aktuari sains, aktuari produk, ahli sains data dan penganalisis ramalan.

Jom daftarkan diri ke EKSPO MAUKERJA 2017 yang bakal berlangsung 15 April ni! Tak lama lagi ni, lebih 2,500 peluang pekerjaan menanti resume korang!