Bukan Pelajar Straight 'A' Pun, Dibuang Universiti Namun Doktor Ini Berjaya Bangkit Dari Kegagalan
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

Bukan Pelajar Straight 'A' Pun, Dibuang Universiti Namun Doktor Ini Berjaya Bangkit Dari Kegagalan

post by Shasha

by Shasha

Mar 28, 2017
at 2:17 AM

Walaupun dah berkali-kali kecundang dalam akademik, Midhat Nabil yang tak pernah capai keputusan straight A di sekolah, pernah dibuang dari institusi namun beliau kini berjaya habiskan pelajaran di peringkat PhD. Team Maukerja Malaysia memang kagum dengan kecekalan, semangat tak pernah putus asa yang tak pernah haus dalam dirinya yang kini seorang Doktor.

Nekad nak masuk aliran Sains walaupun..

Walaupun Guru Besar sekolahnya kurang bersetuju dengan hasratnya untuk memasuki aliran sains disebabkan keputusan PMR yang kurang memberangsangkan, Midhat tetap dengan pendiriannya. Besar betul semangat beliau kan?

 

"Awak tiada masa depan dengan keputusan begini"

Cubalah korang bayangkan, sebelum tengok keputusan SPM lagi Cikgu tingkatan sound tepek bahawa Midhat tiada masa depan. 

 

6 bulan kerja kilang kemudian Promoter farmasi 

Nak sambung belajar tapi ditolak pelbagai institusi. Midhat teruskan usahanya menjadi operator pengeluaran di kilang dan bertukar kerja di Farmasi, Kajang. Sambung belajar di UiTM peringkat Pra-Sains dengan bertujuan menggilap pengetahuan  subjek Sains Tulen sebelum masuk ke program Diploma UiTM. 

Tapi syarat kelayakan, pelajar perlu melepasi CGPA 3.00. Namun, Midhat berjaya diterima masuk ke program di UiTM Jengka, Pahang selepas mengikuti dua semester kursus Pra-Sains. 

 

Semester pertama gagal

 

Hampanya Diberhentikan dari UiTM

Kembali kerja Part Time, namun seminggu lepas itu pihak UiTM membenarkan Midhat menyambung semester kedua kursus Pra-Sains. Punya lah excited, Midhat usaha lebih gigih dan berjaya peroleh GP 3.25. 

 

Pelajar pertama perolehi keputusan Kelas Pertama fakulti Kejuruteraan Kimia

Midhat sekali lagi diberi peluang kedua sambung Diploma Kimia Perindustrian UiTM Arau, Perlis Ijazah Sarjana Muda dan kemudian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) Kimia . Yang paling best, tak berhutang langsung dengan PTPTN!

 

Sambung Masters Di Universiti terkemuka - best student

Betapa besar langkah Midhat menyambung pelajarannya di University of Birmingham, UK dalam bidang Biochemical Engineering di School of Chemical Engineering. Berkat menjadi antara 2 pelajar terbaik bagi program tersebut, beliau ditawar melanjutkan PhD di situ.

Midhat berjaya tamatkan pelajaran selama 4 tahun dan tesisnya dicalonkan untuk anugerah Tesis Terbaik. 

Masih belum terlambat untuk berjaya! Peluang pekerjaan terbesar menanti di EKSPO Maukerja 2017 April ini!

Sebelum terlambat lebih baik korang daftarkan diri ke EKSPO MAUKERJA 2017 yang bakal berlangsung 15 April 2017 (Sabtu) di KL GATEWAY MALL, KUALA LUMPUR. Banyak aktiviti yang menarik menanti anda seperti:

  • Melebihi 2,500 peluang pekerjaan terkini di KL & Selangor
  • Temuduga On The Spot!
  • Keputusan temuduga dalam 24 Jam
  • Career Talk
  • Career Consultation
  • RESUME DESIGN PERCUMA
  • Aktiviti Menarik menanti anda!

 

Rugi kan kalau tak datang? Cepat dapatkan Superpass untuk express ke tempat temuduga >> Klik & Daftarkan diri secara online terus hadirkan diri