Penggemar kanak-kanak pasti akan teruja apabila menjadikan passion mereka ini bertukar menjadi kerjaya. Apatah lagi jika tempat pekerjaan tersebut menawarkan pakej manfaat yang begitu memberangsangkan.


by Izuan
Penggemar kanak-kanak pasti akan teruja apabila menjadikan passion mereka ini bertukar menjadi kerjaya. Apatah lagi jika tempat pekerjaan tersebut menawarkan pakej manfaat yang begitu memberangsangkan.
Ada sebuah syarikat ini, sedang mencari calon yang berkelayakan untuk menyertai ahli keluarga mereka iaitu Teacher Yap sebagai seorang Pengajar mereka dan Pemimpin. Bayaran bulanan yang diperuntukkan sangat lumayan malah manfaat juga sangat berbaloi.
Seseorang yang suka mengajar, dan suka dengan kanak-kanak dan boleh berkomunikasi dengan anak kecil. Untuk bekerja sebagai Teacher / Assistant Teacher ini perlulah bersabar, mesra, bersikap lembut, sentiasa positif dan kreatif. Anda juga mestilah seorang yang bertanggungjawab, dan mempunyai kemahiran komunikasi yang cemerlang. Tak pengalaman? Tak perlu risau! Latihan akan disediakan.
Kenapa semua ini kena ada? Ia kerana, tugas anda adalah untuk mengejar kanak-kanak yang berumur dari 3 hingga 12 tahun secara bersemuka sendirian, ajar mereka membaca, mengendalikan sempoa, dan membangunkan pemikiran mereka.
Calon yang dikehendaki adalah seorang yang suka pada pelajaran, boleh bekerja secara berkumpulan, seorang yang berintegriti, berkeyakinan, berinisiatif, penyabar dan positif. Sikap bertanggungjawab, berkomunikasi dengan baik dan kebolehan merancang perlu ada dalam diri.
Selain itu, perlu diterapkan hubungan baik dengan ibu bapa kanak-kanak dan calon perlulah berpengalaman sekurang-kurangnya 1 tahun dalam bidang pendidikan. Manfaat yang disediakan kepada sangat berbaloi, selain daripada gaji yang lumayan.
Manfaat
Permohonan atas talian >> Manager / Business Owner / Leader
Permohonan Jawatan Kosong dari Sribhagawan Education Group Sdn Bhd: