Sunway Lagoon Sdn Bhd serta Sunway Lost World Water Park Sdn Bhd membuka sebanyak 14 kerja kosong tanpa had kelayakan akademik! Ini memang satu berita yang cukup menggembirakan dan boleh direbut oleh semua orang. Kedua-duanya menawarkan manfaat yang cukup menarik iaitu uniform kerja serta makanan harian akan disediakan, manfaat perubatan, pergigian dan perlindungan insurans juga akses tanpa had ke Sunway Lagoon!



