Bukan Kerja Lah Namanya, Kalau Korang Tak Rasa 'Insecure' Dengan 5 Perkara Ni
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

Bukan Kerja Lah Namanya, Kalau Korang Tak Rasa 'Insecure' Dengan 5 Perkara Ni

post by Shasha

by Shasha

Apr 12, 2017
at 8:11 AM

Macam-macam situasi korang kena hadap bila dah masuk ke alam pekerjaan. Tapi korang belum legend lagi kalau tak rasa perkara-perkara ni sewaktu bekerja. Semua ni memang asam garam dalam dunia kerjaya, jadi korang kena pandai-pandai handle!

1. Cakap perkara membodohkan diri

Malu gila kalau tercakap perkara atau perkataan yang memperbodohkan diri. Mana taknya, excited lah bila dah selesa bergaul dengan coworker tapi bila terkeluar perkara yang buat korang nampak tak profesional, habis merah padam muka. 

Biasa lah tu, tak semua benda korang boleh kawal. Korang kena tackle semula situasi tersebut : ha pandai-pandai cover / kelentong balik ya. 

 

2. Idea power = zero 

Setiap kali mesyuarat ataupun perbincangan, semua orang nak sumbangkan sesuatu bukan? Siapa nak jadi tunggul yang tak sumbangkan apa-apa value pada syarikat atau team kan? 

Tapi ingat, idea yang pure datang secara tak sedar dan bukannya boleh dipaksa-paksa. Takpa kalau idea tak keluar waktu discussion atapun meeting, mana lah tahu idea keluar waktu meeting yang seterusnya?

 

3. Rasa 'noob' kalau tak faham apa-apa

Selalu kan jadi macam ni? Berbuih lah coworker korang terangkan tentang sesuatu, korang pun elok je respon angguk bagai tapi sebenarnya tak faham. Muka coworker lain confident je faham, tapi sebenarnya korang pun tak tahu betul ke faham?

Senang je, tak faham TANYA! Takpa, sekurang-kurangnya korang jujur ya tak?

 

4. Ter.. buat coworker kecil hati 

Bila dah bekerja bukan kena jaga hati Boss je, coworker lain pun kena fikir juga. Kadangkala, ada masa kita berlawak tapi ada juga yang terkena pula pada coworker korang. Minta maaf je dan kalau boleh elakkan daripada ulang perkara sama. 

 

5. Hampa hasil kerja tip top tapi tiada kredit 

Dah berhempas pulas korang kerja, naikkan prestasi tapi bila Boss jumpa, orang lain yang dapat kredit. Insecure kan?


Resume dah tip top, tapi kat mana pula cari kerja, jangan lah risau! Jom bawa resume anda yang gempak tu ke EKSPO Maukerja 2017 April ini!

Sebelum terlambat lebih baik korang daftarkan diri ke EKSPO MAUKERJA 2017 yang bakal berlangsung 15 April 2017 (Sabtu) di KL GATEWAY MALL, KUALA LUMPUR. Banyak aktiviti yang menarik menanti anda seperti:

  • Melebihi 2,500 peluang pekerjaan terkini di KL & Selangor
  • Temuduga On The Spot!
  • Keputusan temuduga dalam 24 Jam
  • Career Talk
  • Career Consultation
  • RESUME DESIGN PERCUMA
  • Aktiviti Menarik menanti anda!

Menarik? Cepat dapatkan Superpass untuk express ke tempat temuduga >> Klik untuk dapatkan Ticket Masuk Percuma