Bosan Dah Nak Kenali Personaliti Melalui Horoskop, Apa Kata Cuba 9 Jenis Bentuk Pusat Pula!
# Gaya Hidup

Bosan Dah Nak Kenali Personaliti Melalui Horoskop, Apa Kata Cuba 9 Jenis Bentuk Pusat Pula!

post by Shasha

by Shasha

Apr 24, 2017
at 7:56 AM

Macam-macam cara korang boleh nilai kalau nak tahu personaliti atau perangai seseorang tu. Jenis tandatangan lah, bentuk muka lah, tapak tangan lah dan lain-lain. Tak perlu nilai personaliti orang lain, cukup tengok pusat sendiri pun dah cukup menarik.

Ha ambil cermin siap-siap tengok bentuk pusat korang. Perkongsian menarik dari sudut yang berbeza!

1. Bulat - Optimistik & komunikasi memang power

Korang yang dikurniakan dengan pusat yang bulat dan dalam memang optimistik. Semuanya positif dan yang best, korang memang pandai berkomunikasi. Ha sebab itulah hubungan dengan sahabat dan keluarga memang terjaga. 

 

2. Besar = banyak ONG wo!

Jangan jijik dengan pusat korang yang besar dan dalam tu sebab ianya adalah tanda keuntungan. Hal pengurusan, korang memang sifu dan sangat lah pemurah. Gagal di waktu usia yang muda hanyalah pengajaran untuk korang kerana kejayaan itu pasti!

 

3. Kecil - negatif vibe ter-over

Over negatif pun tak berapa nak sihat untuk jiwa korang, cuba praktis untuk lebih positif dan lawan kelemahan dalam diri korang.

 

4. Menonjol - degil teramat dan pantang dapat attention

Hati-hati dengan perhatian yang korang dapat, takut orang lain ambil kesempatan ke atas korang. Tak salah sekali-sekala pentingkan diri sendiri dahulu sebelum orang lain. 

 

5. Ke Atas - happy go lucky je 

Korng memang seorang yang ceria, takda masalah nak bergaul dengan orang lain. Nampak macam bertenaga je selalu, best kan? 

 

6. Oval - seorang yang teragak-agak 

Bila dah ragu-ragu, korang mesti suka fikir banyak kan? Jangan..Nanti melepas peluang depan mata.

 

7. Lebar - sangat berhati-hati

Terlampau cepat ada perasaan prasangka dan keinginan yang melampau. Tak salah kalau korang berfikiran lebih terbuka kan?

 

8. Berpusar - belum ada rezeki nak ber' cia cia cia'

Jangan putus asa lagi, masih ada masa. Tapi dalam bab kesihatan pula jangan pula tak jaga ya!

 

9. "Y" terbalik - pakej terbaik

Tak kisah lah lelaki ataupun perempuan, dalam hal kewangan, kesihatan dan keluarga, korang memang takda masalah!