Ini Contoh Resume & 7 Elemen Yang Anda Harus Fokuskan Bagi Tahun 2017
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Ini Contoh Resume & 7 Elemen Yang Anda Harus Fokuskan Bagi Tahun 2017

post by Izuan

by Izuan

May 21, 2017
at 5:58 AM

Trend resume akan sentiasa berubah dari semasa ke semasa, ia lebih memfokuskan pada kualiti dala diri calon. Dalam konteks pekerjaa, resume diibaratkan sebagai satu platform untuk kita melakukan 'storytelling' kepada majikan.  Lagi bagus penyampaian, lagi banyak majikan ingin tahu mengenai anda.

Seperti yang kita semua tahu resume yang bagus adalah info yang ringkat tapi padat, persaingan yang pasaran kerja dalam industri yang semakin terhad telah membuatkan persaingan bertambah sengit ekoran dengan jumlah lepasan graduan yang semakin ramai.

Jadi, di bawah ini merupakan satu contoh resume mantap dan penjelasan elemen-elemen penting untuk diterapkan bagi memperkuatkan resume anda untuk dipilih sebagai calon pilihan majikan. 

 

1. Keseimbangan

Berni tumpuan pada format, Keseimbangan memainkan peranan penting dalam memudahkan majikan baca, tulisan yang jelas dan penglihatan yang sekata, lihat gambar diatas, nama dibesarkan di bahagian kiri kerana di belah kanan padat dengan info peribadi.

Pemilihan font harus dititik beratkan dalam menghasilkan resume. Tak perlu pilih yang ada stail, Times New Roman sudah memadai, satu tulisan yang jelas, mudah dibaca dan kemas.

2. Letakkan Butiran Lanjut Di Bahagian Atas

 Halakan pembaca(majikan) ke tempat-tempat di mana anda perlu tunjukkan sampel hasil kerja anda. Contohnya LinkedIn, laman web peribadi -dan letak nombor telefon dan alamat e-mel.

Satu tips bonus disini, jika anda masih menggunakan email hotmail atau yahoo, tukar dan buat Gmail. Selain daripada Gmail, anda dianggap seperti ketinggalan zaman. Ini akan memberi kesan sedikit terhadap persepsi majikan/

3.  Serlahkan "Brand" Anda

Buang "objektif" di bahagian atas resume anda, ringkasan mengenai kelayakan anda adalah satu nilai paling berharga dalam diri anda, Rumuskan sesuatau pencapaian yang membuatkan majikan rasa tidak mahu lepaskan anda. Guna bahasa yang menyeru  sifat-sifat yang membuat anda yang paling berharga kepada majikan.

4. Huraikan Kemahiran Yang Lebih Spesifik! 

Jangan pakai lagi "Leadership" "team Player" "Fast learner" "Hard worker" dan sebainya yang lebih kearah 'angkat bakul sendiri'. Majikan mahu sesuatu yang solid, spesifik dan lebih teknikal! Inilah yang dimaksudkan ringkas dan padat! Fahami frasa atau 'alat' yang digunakan dalam kerja atau sewaktu di kolej. Contohnya Adobe, Final Cut Pro, Seo, Google Analytic, SPS, Social Headline, Writing, Digital Marketing dan  apa sahaja yang berkaitan dengan bidang. 

5. 'Highlight' Kan Prestasi

Beri penjelasan yang lebih spesifik! Jangan buat majikan ternanti-nanti apencapaian anda, ada kemungkinan mereka tidak berminat atau curiga, peluang untuk diambil bekerja malah dipanggil temudugajuga amat tipis! Disinilah tempat untuk anda berikan satu 'benchmark' yang membuatkan majikan terpukau dengan anda. 

Apa yang anda pernah capai, dan apa sumbangan anda terhadap syarikat lama. Tanya balik pada diri sebelum isi, misalnya kenapa anda dinaikkan pangkat? Berapa nilai bersih yang anda dapatkan? Apa projek paling besar yang anda telah lancarkan? Pastikan ia selari dengan bidang yang anda mohon.

Kalau susah juga cuba fikir balik, ada tak pensyarah atau boss katakan kepada anda yang membezakan dengan orang lain? Fikirkan peratusan atau quantiti yang anda telah berjaya lakukukan. Untuk fahaman yang lebih telus, rujuk gambar diatas.

6. Tujukkan Metrik Kerja 

Di bahagian pengalaman kerja, jangan hanya menyenaraikan tajuk dan tarikh. Gunakan beberapa baris teks untuk cerita bagi menambat hati majikan . Bila anda menukar industri? Mengapa dinaikkan pangkat? Di manakah anda berhasrat untuk pergi selepas ini?

Kemudian, point form untuk menyokong kredibiliti anda dengan fakta dan banyak bermain dengan angka. Statistik adalah cara mudah untuk membuktikan anda tidak lebih daripada huraian kerja yang diminta.

7. 

Resume anda adalah pilihan sejarah kerja anda yang paling relevan. Segala kerja atau waktu internship dahulu masukkan sahaja jika ada sangkut paut dengan kerja yang anda mahu mohonkan. Ia adalah satu nilai berharga dalam diri anda. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang merancang untuk 'melompat kerja' atau 'tukar bidang' Namun jika pengalaman kerja lebih daripada 10 tahun, pilih yang berkaitan sahaja. 

Contoh Resume Penuh