Majikan Takkan Berani Minta Bayar Ganti Gaji Kalau Berhenti Ikut 3 Tempoh Ditetapkan Akta Kerja 1955
# Pengetahuan Pekerja

Majikan Takkan Berani Minta Bayar Ganti Gaji Kalau Berhenti Ikut 3 Tempoh Ditetapkan Akta Kerja 1955

post by Shasha

by Shasha

May 25, 2017
at 3:22 AM

Niat nak beri notis berhenti kerja tersekat kerana baru sekarang ni korang sedar, majikan tak nyatakan tempoh notis berhenti kerja dalam isi kandungan kontrak kerja korang. Biasanya mestilah ada kan? Jadi korang jangan confident sangat nak beri notis sebulan kononnya itu prosedur yang biasanya berlaku. Silap-silap haribulan majikan minta korang bayar ganti gaji syarikat. 

Ada kes di mana, syarikat tidak nyatakan langsung tempoh pemberian notis berhenti. Lebih bagus kalau korang rujuk department HR untuk maklumat lebih lanjut, mana tahu boleh dibincang. Dah tak tahan nak menunggu pihak HR berikan jawapan korang boleh rujuk tiga jenis tempoh notis ni menurut Akta Kerja 1955. 

 

1. Empat minggu notis - kerja kurang 2 tahun

kalau korang dah bekerja selama kurang daripada dua tahun pada tarikh notis itu diberikan

 

2. Enam minggu notis - kurang dari 5 tahun

untuk yang dah bekerja selama dua tahun atau lebih tetapi kurang daripada lima tahun pada tarikh notis diberikan

 

3. Lapan minggu notis - kerja 5 tahun 

pada korang yang dah bekerja selama lima tahun atau lebih pada tarikh notis tersebut