8 Karenah Staff-Staff Pejabat Setiap Kali Menjelang Puasa, Betul Tak?
# Gaya Hidup

8 Karenah Staff-Staff Pejabat Setiap Kali Menjelang Puasa, Betul Tak?

post by Izuan

by Izuan

May 25, 2017
at 8:24 AM

Sedar tak sedar, rupa-rupanya dah masuk bulan puasa kita sekarang, pasti semua orang sudah memberikan persediaan fizikal dan mental untuk mengharungi hari-hari puasa ini. Bagaimanapun kerja tu tetap kena buat, memang tak dinafikan agak menguji sedikit kerana tak makan dan minum bahkan duduk dibawah penghawa dingin.

Agak letih sedikit berbanding dengan hari-hari biasa, selalu kalau letih sikit boleh masuk pantri bancuh kopi, cedok sikit sekeping dua biskut. Puasa semua tu sah-sah tak boleh buat. Macam-macam karenah yang akan berlaku di pejabat sepanjang bulan puasa ni, mesti kat office korang ada orang yang macam ni kan?

1. Badan Lemau

Mengantuk 24 jam, padahal baru je masuk kerja 2 jam. Kononnya badan tak bermaya, bibir nampak kering je. Ada yang sampai terangguk-angguk. Tapi bila dah masuk waktu balik terus segar. Maklumlah puasa kan, dapatlah balik awal.

2. Tengok Jam Tak Sudah

Ye lah badan dah letih, mesti tak sabar nak balik tidur puas-puas kan? Tapi kalau bab-bab tengok jam tak sabar nak balik ni bukan bulan puasa je, hari-hari biasa pun sama. Hahaha!

3. Google Gambar Makanan

Haaa, betul tak? Eleh janganlah nak menipu, kalau hari puasa sikit pun tak pandang, segala benda dicari, tak pun scroll gambar-gambar makanan dekat Instagram. Hahaha! Alah, janganlah malu kami pun macma tu. Huhu!

4. Jual Kuih Raya

Kalau yang ni rasanya sebelum puasa dah mula, maklumlah masa ni jela peluang nak dapat duit lebih kan? Mesti ada sorang akak-akak kat tempat korang yang buat macam ni kan? 

5. Sibuk Minta Tukar Duit Raya

Ini pula kalau musim raya dah dekat, dari awal tak nak tukar lepastu mula lah kirim orang itu lah inilah. Biasanya orang akan buat waktu pagi masuk kerja atau petang, lepastu kerja tak jalan. Alahai!

6. Sembang Kencang Ajak Buka Sama-Sama.. Tapi Nan Hado!

Beria-ia plan tapi tunggu punya tunggu satu apa pun tak ada, janji masa puasa 2 tahun lepas pun tertunai. Tapi ada yang jadi, cuma dalam masa sehari tu kerja tak berjalan, dok sibuk fikir nak buka kat mana. 

8. Puasa Baru Sehari Dah Main Lagu Raya

Ada sesetangah pejabat yang akan memainkan muzik untuk di pejabat mereka, masa tu mula lah konon-konon buka lagu raya bagai, padahal baru je puasa kebarapa. Entah cukup ke entah tidak puasa tu. Eh! Apapun, nak buat semua ni buatlah tapi, asalkan kerja tu berjalan ya? Selamat manjalani ibadah puasa semua!