Semak Simpanan KWSP Korang Dengan Tepat Melalui Kalkulator Online Ini
# Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

Semak Simpanan KWSP Korang Dengan Tepat Melalui Kalkulator Online Ini

post by Aisya

by Aisya

May 30, 2017
at 3:01 AM

Sebelum ini Maukerja pernah kongsikan kadar KWSP yang perlu dibayar setiap bulan mengikut gaji bukan? Kalau korang masih ragu-ragu dan tidak berapa faham dengan maklumat yang dikongsikan, kali ini ianya senang, mudah dan pasti akan faham! Korang boleh terus gunakan Kalkulator Simpanan KWSP untuk dapatkan berapa jumlah simpanan KWSP korang buat kedua-dua akaun. Jom belajar!

 

Langkah 1: Layari laman web yang disediakan

Langkah pertama korang boleh terus layari laman web ini dan ianya akan bawa anda terus ke Kalkulator Simpanan KWSP. Terus klik di sini.

 

Langkah 2: Isikan maklumat yang diperlukan

Seperti yang tertera di atas, korang perlu isikan semua maklumat yang diperlukan dengan tepat dan sahih untuk mendapat pengiraan yang betul.

 

Langkah 3: Klik pada butang KIRA

Selepas selesai isi kesemua maklumat yang diperlukan, terus klik pada butang kira dan keputusan simpanan KWSP korang akan muncul di bahagian bawah. Boleh lah dapatkan anggaran berapa simpana yang sudah ada dan juga anggaran simpanan untuk masa hadapan sehingga lah korang pencen.

*Sumber: KWSP