Macam Mana Sesuatu Kontrak Itu Boleh Ditamatkan Oleh Majikan
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

Macam Mana Sesuatu Kontrak Itu Boleh Ditamatkan Oleh Majikan

post by Aisya

by Aisya

Oct 6, 2021
at 2:33 PM

Hubungan antara pekerja serta majikan terhasil dengan wujudnya kontrak kerja. Jadi kalau sesuatu kontrak itu terbatal atau ditamatkan, dengan serentak lah hubungan antara majikan serta majikan juga diputuskan. Perlu difahamkan juga perbezaan antara kontrak yang batal serta kontrak yang ditamatkan. Kontrak yang batal ialah kontrak yang tidak boleh dikuatkuasakan, dan kontrak yang ditamatkan ialah kontrak yang telah berkuatkuasa dan ditamatkan oleh kedua belah pihak atas sebab tertentu.

 

Sesuatu kontrak kerja itu ditamatkan atas sebab berikut:

1. Dibuang kerja oleh majikan

2. Pekerja memberikan notis berhenti kerja

3. Bersara

4. Kematian

5. Tempoh kontrak telah tamat

6. Sakit yang tidak boleh bekerja lagi

7. Pembubaran perniagaan

 

Berapa hari awal kena bagi notis penamatan kerja?

Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan, korang boleh semak info ini di dalam kontrak kerja. Biasanya ia akan ditulis dalam kontrak dan secara asasnya, untuk pekerja yang bekerja kurang dari 2 tahun, tempoh notis penamatan kerja adalah 4 minggu dan seterusnya. Ianya juga ada terdapat dalam Seksyen 12 Akta Pekerja 1955 dan ada dua perkara penting yang perlu korang ambil perhatian:

1. Tempoh notis hendaklah sama bagi pekerja serta majikan. Jika tempoh ini tidak dinyatakan dalam kontrak, maka tempohnya adalah sebagaimana yang disebut di bawah Seksyen 12.

2. Mana-mana pihak boleh 'waive' atau melepaskan haknya terhadap notis yang perlu diberi

Perlu lah diberikan notis dalam bentuk bertulis dan tempoh notis dikira dari saat notis itu dihantar. Jika sesuatu penamatan kontrak itu tanpa notis, hendaklah digantikan bayaran yang sama nilai dengan tempoh notis. Sesuatu notis berhenti kerja itu tidak boleh ditarik balik kecuali dengan persetujuan majikan.