5 Ayat "Moden" Yang Sering Digunakan Oleh Pekerja Muda Di Pejabat
# Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

5 Ayat "Moden" Yang Sering Digunakan Oleh Pekerja Muda Di Pejabat

post by Aisya

by Aisya

Jul 3, 2017
at 9:29 AM

Generasi muda ni dia ada bahasa dia sendiri yang sukar untuk golongan veteran atau yang bukan dari Generasi Y untuk faham. Bila masuk alam pekerjaan ni akan bercampur dan bergaul dari pekerja yang paling muda sehingga lah yang paling tua kan? Langguage barrier tu wujud dan ada pekerja senior yang tak berapa nak faham dengan bahasa budak-budak muda ni. 

Salah satunya ialah ada banyak sangat 'shortform' untuk nak ringkaskan ayat mereka dan lagi satu kadang-kadang ada ayat atau frasa yang bagi kita maksud dia lain tapi bagi mereka lain pula. Eh, ini ikut kamus apa? Kamus special untuk Generasi Y ke? Ini adalah beberapa term atau ayat yang sering digunakan oleh generasi muda. Jangan sesekali gunakan ayat sebegini untuk email formal atau sewaktu mesyuarat pula. 

 

1. The struggle is real

Apabila millennials mula gunakan frasa ini di tempat kerja, itu bermaksud yang mereka sudah naik menyampah. Para majikan atau supervisor yang lebih dewasa ini kena lah ambil hint yang mereka tunjukkan. Mereka akan mula gunakan frasa ini untuk menunjukkan yang mereka sedang melalui masalah yang begitu sukar dan saat yang genting mungkin dalam menyelesaikan kerja. The struggle is real. 

 

2.  On fleek

Asalnya ia adalah bahasa yang mula digunakan dalam Instagram, ianya digunakan untuk menerangkan bentuk kening yang begitu cantik dan tajam. Tapi kalau golongan muda gunakan sewaktu bekerja tak kan lah nak menerangkan kening sesiapa pula kan? Jadi dalam konteks kerja, ianya bermaksud yang sesuatu hasil kerja itu sangat sempurna dan cemerlang. Kerja aku harini memang on fleek weh!

 

3.  Yas!

Ini bukan salah ejaan ye, memang mereka maksudkan yes tetapi dieja sebegini rupa. Apa yang lainnya daripada yes yang normal ialah, ianya membawa maksud setuju yang sangat ektrem. Jarang sekali digunapakai jika hanya mahu berikan tanda setuju. Melainkan jika seseorang berikan proposal yang sangat menarik sewaktu meeting dan mereka akan menjerit " YAS!"

 

4. Dabbing

Ini memang satu trend terbaru. Kalau majikan atau pekerja-pekerja senior nampak pekreja muda menjerit "DAB!" "DAB!" jangan risau, mereka bukannya nak bergaduh. Dabbing ini adalah satu pergerakkan hip-hop dengan menaikkan tangan ke paras kepala. Biasa sangat budak-budak muda ni kalau nak celebrate apa-apa kejayaan mesti akan lakukan dabbing. Apa kata ajar boss korang sekali? 

 

5.  JK

Kalau dapat mesej dan bertulis JK tak perlu lah sampai nak buka kamus dan cari apa maksud shortform ni. Ada juga yang berfikiran ianya initial untuk J.K Rowling seorang penulis terkenal dengan buku series nya Harry Potter. Tapi kenapa tiba-tiba je dia nak tulis J. K. Rowling? Hehe Sebenarnya ia membawa maksud "just kidding" Mereka hanya mahu membuat lawak tapi tak nak korang terfikir-fikir apa lawaknya jadi terus je lah di hujung ayat gunakan JK. Esok saya belanja makan, JK. Haa jangan tunggu pula dia belanja sebab memang dia melawak je tu.