Kehidupan Tom Anderson Jauh Lebih 'Awesome' Lepas 'Cuci Tangan' Daripada Myspace
# Trending Semasa

Kehidupan Tom Anderson Jauh Lebih 'Awesome' Lepas 'Cuci Tangan' Daripada Myspace

post by Izuan

by Izuan

Jul 4, 2017
at 2:55 AM

Sebelum kemunculan Facebook, pasti korang teringat satu platform sosial media yang kini sudah menjadi nostalgia, Myspace yang dikendalikan oleh Tom Anderson. Hias laman profil, menggunakan gelaran lain agar nampak 'cool', komen di profil, gambar ala gothic/emo, lagu dan bermacam-macam lagi lah yang menggamit zaman remaja kita.

Laman Myspace ini memang pernah menjadi satu fenomena satu ketika dahulu, namun kini ia bagaikan sudah terkubur oleh timbusan Facebook yang telah mencetuskan revolusi di saat kegemilangannya. Secara langsung menaikkan nama pegasas Mark Zuckerberg di pelusuk dunia sehingga sekarang.

Setelah sekian lama mendiam, mesti korang tertanya-tanya bagaimana kehidupan Tom sekarang kan? Kalau korang rasa dia dah jatuh lingkup dan bekerja seperti orang biasa, korang salah! Kehidupannya jauh lebih 'tenang' yang pastinya dicemburui orang ramai.

Tom Anderson, Pengasas Myspace. Inilah Muka Pertama Yang Muncul Dalam 'Friendlist' Kita Selepas Mendaftar Akaun

Menjual Myspace Kepada Syarikat Media News Corp. Pada Tahun 2005 Sebanyak $580 Juta!

Dan Terus Bersara...

Kini, Tom Meneruskan Kehidupannya Sebagai Jurufoto & Traveller

 

Merantau Ke Seluruh Asia

Termasuk Di Malaysia!

'Cuci Tangan' Dalam Media Sosial, Tapi Aktif Di Intagram @myspacetom . Dengan Menghasilkan Fotografi Yang Superb!

Terus ke laman rasmi Intagram myspacetom untuk melihat hasil foto-fotonya.