Dalam Konteks Kerja, 4 Jenis Hobil Inilah Yang Ideal Digunakani Bila Mohon Kerja
# Pengetahuan Pekerja

Dalam Konteks Kerja, 4 Jenis Hobil Inilah Yang Ideal Digunakani Bila Mohon Kerja

post by Izuan

by Izuan

Jul 9, 2017
at 8:27 AM

Baik resume, mahupun CV, kedua-dua senjata utama ini perlu dirangkaskan sebaik mungkin, rasanya semua dah tahu bahawa bahagian butiran peribadi tak perlu letak banyak-banyak seperti hobi.

Tapi kena ingat, ada segelintir majikan yang akan memandang butiran peribadi kita, kebiasaanya kerja-kerja yang melibatkan kreativiti ini mahu melihat hobi kita. Sedar atau tidak, ada segelintir laman web pencarian kerja mahukan kita mengisi borang permohonan secara atas talian terlebih dahulu.

Perasan tak disitu ada bahagian yang mahukan calon-calon mengisi hobi mereka, maknanya hobi masih masih lagi bernilai dalam permohonan kerja. Cuma, mesti korang buntu hobi apa yang sesuai untuk diisi?

Mudah sahaja, pastikan hobi itu ada bersangkut paut dengan kerja yang dimohon. Daripada tulis hobi yang merepak, apa kata gunakan kesemua jenis hobi dibawah ini, memang sesuai diletakkan mengikut bidang kerja, tapi kalau tak diperlukan tak perlu letak pun tak apa.

1. Yoga

Yoga menunjukkan keupayaan korang untuk sentiasa tenang dan berada dalam keadaan terkawal. Jika kerja yang korang mohon itu merupakan pekerjaan yang sibuk dan memerlukan ketahanan fizikal dan mental yang kuat seperti di agensi perhubungan awam, majikan pasti akan tertarik kerana mereka akan menilai bahawa calon itu adalah seorang yang bijak mengawal tekanan.

2. Video Production

Pembikinan video sebagai hobi akan membuatkan korang merupakan seorang calon yang diseranai pendek dalam pemilihan kerja di syarikat produksi dan event planning. Penyiaran dan live streaming merupakan komponen utama dalam sesebuah acara, jadi hobi ini sangat membantu kerana korang dah ada pengetahuan itu sendiri apabila menjalankan kerja.

3. Sukan Ketahanan (Endurance Sports)

Sukan ketahanan seperti maraton, triatlon, atau berbasikal menunjukkan  ketabahan, dan dedikasi. Hobi ini  wajar bagi pembangunan perniagaan, pengurusan akaun, dan peranan jualan, ia agak membantu dalam proses penilaian pemilihan pekerja dalam bidang ini.

4. Bloging

Jika korang mencari pekerjaan dalam bidang penulisan, pemasaran dan komunikasi. Blog ini sesuai dijadikan sebagai porfolio atau showreel kepada majikan. Tapi kena pastikan blog itu tiada sebarang kesilapan atau penulisan yang cantik, malah topik dalam blog korang itu memainkan peranan penting dalam 'personal brand' korang.

Pendek kata, hobi merupakan satu 'nature' yang melambangkan siapa diri kita, dari situlah majikan akan menilai kelayakan korang kerana korang dianggap seperti mempunyai 'bakat semulajadi' dalam diri dan sekaligus untuk menyandang sesebuah jawatan tersebut.