Internship ataupun latihan praktikal adalah salah satu proses pembelajaran yang wajib dilalui oleh semua student sewaktu di kolej mahupun universiti. Ia penting bagi memberi persediaan kepada student sebelum mereka betul-betul memasuki ke alam pekerjaan. Sewaktu memohon di mana-mana tempat praktikal, student sendiri yang bertanggungjawab untuk memohon di mana-mana syarikat yang berkaitan dengan kos pembelajaran masing-masing. Sebelum mohon tu, sebaik-baiknya korang google atau buat research dulu tentang cara nak memohon tempat praktikal di sesebuah syarikat. Jangan jadi macam sesetengah pelajar ni. Nak mohon tempat praktikal macam nak beli nasik lemak tepi jalan je. Tak percaya? Haa tengoklah apa yang lelaki ni cakap. Siap ada contoh email lagi tau.





