"Jangan Buang Masa Calon Sebab Nak Nampak Buat Kerja" - Nota Buat HR Yang Suka Bagi Harapan Palsu


by Izuan
"Jangan Buang Masa Calon Sebab Nak Nampak Buat Kerja" - Nota Buat HR Yang Suka Bagi Harapan Palsu
Lumrah dalam industri, bila dah ada pengalaman, sudah semestinya 'expected salary' itu lebih tinggi daripada kadar asal. Biasalah, orang yang ada pengalaman ini, sudah semestinya kemahiran yang dimiliki itu sangat bernilai untuk disumbangkan ke syarikat.
Namun begitu, tak dinafikan kebanyakan majikan ini suka mengambil kesempatan terhadap calon-calon yang berpengalaman, mahukan orang yang berpengalaman tapi enggan menawarkan bayaran lebih.
Siapa sahaja tak bengang apabila mereka sudah menyusun jadual untuk minta cuti, mempunyai harapan tinggi, melakukan persediaan rapi dalam masa yang sama mengekalkan momentum prestasi kerja akhirnya beri harapan palsu dengan mengeluh gaji yang diminta terlalu tinggi.

Memang betul apa yang ditulis oleh seseorang pekerja yang berpengalaman ini, kalau nak 'barang baik' harga pun mestilah kena 'baik' kan? Kami pun sokong dengan pesanan 'deep' beliau ini kepada majikan. Sila hadam!
Jadi, dalam hal ini sebenarnya memang tak boleh disalahkan 100% kepada calon. Tak nak ambil orang baru kerana kena ajar banyak dan labelkan mereka bermasalah, dalam masa yang sama nak ambil orang berpengalaman yang bayaranya mungkin setanding dengan graduan muda.
Apa yang dapat dirumuskan ini, dalam industri bukan semua calon bermasalah dan bukan semua majikan bersikap teliti. Mungkin ada sahaja calon yang mahukan jumlah yang murah tapi jangan kalau dia tak mahu, tak perlu ajak interview semata-mata nak menampakkan anda buat kerja tapi dah menyusahkan pihak kedua.