

Faridah Maju Holding Sdn Bhd
Company SSM No 200701027836 · <50 Employees · Manufacturing / Production
About Faridah Maju Holding Sdn Bhd
FARIDAH MAJU HOLDING SDN BHD telah ditubuhkan pada tahun 2002. Nama syarikat telah diilhamkan oleh pemiliknya yang ingin terus maju dan berdaya saing dalam dunia perniagaan.
Bermula dari perniagaan kecil-kecilan secara peruncitan sehingga kini berkembang keperingkat perkilangan.
Pejabat Urusan (HQ) dan pengilangan bagi pembuatan produk adalah berlokasi di Seksyen 16, Shah Alam.
Buat masa ini syarikat memiliki tiga buah kedai yang berlokasi di Kompleks PKNS Shah Alam, Plaza MARA Sungai Besar dan di Seksyen 7 Shah Alam.
Produk utama syarikat ialah pembuat pakaian sekolah, ko-kurikulum, dan uniform kerja untuk sektor awam dan swasta seperti perkapalan, katering, bengkel, pejabat, dan sebagainya.
Syarikat kini telah mengeluarkan jenama pakaiannya sendiri iaitu Kaunselor yang semestinya memenuhi kehendak pasaran semasa.