Muip Plantations Sdn Bhd banner company
jobs in Muip Plantations Sdn Bhd

Muip Plantations Sdn Bhd

Employees · Other industries ·

About Muip Plantations Sdn Bhd

MUIP Plantations Sdn. Bhd. yang diperbadankan pada 30 Oktober 2013 ditubuhkan bagi menguruskan operasi ladang milik Majlis iaitu di:-


Ladang Kelapa Sawit MUIP Jalan Tasik Chini, Pekan yang berkeluasan 1,600 ekar telah mula mengeluarkan hasil pada bulan Januari 2014. Pihak FELCRA Berhad secara rasminya telah menyerahkan projek Pembangunan Ladang Kelapa Sawit MUIP Tasik Chini kepada pihak Majlis pada 9 Mei 2014 dan ladang kini diuruskan sepenuhnya oleh anak syarikat Majlis iaitu MUIP Plantations Sdn. Bhd. Bagi tahun 2017, Ladang Kelapa Sawit MUIP Tasik Chini telah mencatatkan jualan buah tandan segar (BTS) sebanyak 4,531.09 tan. Projek ladang kelapa sawit ini akan memberikan pendapatan tahunan tetap kepada pihak Majlis untuk tempoh 22 tahun yang akan datang serta

memberikan manfaat kepada seluruh umat Islam di negeri Pahang


Ladang MUIP Sungai Berjuang di Ulu Cheka, Jerantut mula dibangunkan pada tahun 2006 berkeluasan 204.33 hektar di mana pecahan bagi Blok A adalah 105.90 hektar dan Blok B ialah 98.43 hektar telah mula mengeluarkan hasil mulai bulan Januari 2014. Pihak MUIP Plantations telah melantik seorang Penyelia dan seorang Mandur bagi menguruskan ladang ini dengan kontraktor ladang yang dilantik untuk kerja-kerja membersih kawasan tanaman (MKT) dan pengeluaran hasil getah. Bagi tahun 2017, jumlah hasil jualan getah sekerap dari ladang ini berjumlah 493,384 kg.


Muip Plantations Sdn Bhd Photos

Muip Plantations Sdn Bhd Business Information

Company Name

Muip Plantations Sdn Bhd

Company Type

-

Company Size

Industry

Other industries

Company SSM No

-

Job Vacancies

0

Got questions about working here? Let the employer answer!