Back
Narinar Group Sdn Bhd banner company

Narinar Group Sdn Bhd Narinar Group Sdn Bhd is top company

Company SSM No 1201355-A · <50 Employees · Sales / Biz Development

<10 Followers

About Narinar Group Sdn Bhd

Ditubuhkan bermula daripada pengalaman pengasas sendiri, Shazren Shah selepas mengharungi cabaran kesihatan anak pertamanya. Ditubuhkan sejak tahun 2016, Narinar fokus kepada penawar melegakan selsema anak. Masalah yang selalu dianggap ringan itu menjadi punca kepada masalah besar yang lain.

 

Kini Narinar juga telah mengeluarkan solusi kelegaan bayi dan kanak-kanak lain seperti untuk mengurangkan tekanan anak, mudah tidur lena, melegakan ketidakselesaan perut dan lain-lain lagi.  Narinar juga telah mengembangkan pilihan solusi kepada dewasa dan untuk seisi keluarga. Uniknya Narinar, kami menggabungkan pati bunga tumbuhan dan Teknik sentuhan atau terapi sebagai solusi terbaik untuk kesihatan dan mengeratkan hubungan kekeluargaan.

 

Dengan kekuatan pasukan yang kami gelarkan Narinar Squad, kami komited untuk terus menyampaikan manfaat Narinar kepada ibu bapa khasnya di Malaysia. Apabila anda membuat keputusan terbaik menyertai pasukan Narinar, secara automatik menjadi tanggungjawab Narinar untuk memastikan anda mampu menjana pendapatan dan merubah hidup bersama Narinar. Telah banyak testimoni hebat, antaranya wanita bekerja yang menggiatkan diri dalam perniagaan bersama Narinar secara separuh masa, mampu membuat jualan lebih RM60 000 sebulan. Semua ini tidak mustahil kerana di Narinar, anda akan dipimpin dan diberi latihan intensif dari segi pemasaran dan jualan. Bukan dibiarkan terumbang-ambing dalam dunia perniagaan yang penuh cabaran ini. Kami percaya, keluarga yang gembira dari segala aspek, baik kesihatan, hubungan kasih sayang ibu bapa dan anak, dan kewangan mampu melahirkan masyarakat yang lebih berkualiti demi negara, ummah dan agama.

Narinar Group Sdn Bhd Business Information

Company Name

Narinar Group Sdn Bhd

Company Type

Small-Medium Enterprize

Company Size

<50

Industry

Sales / Biz Development

Company SSM No

1201355-A

Job Vacancies

0

Company Website

Narinar Group Sdn Bhd Company Address

No.2a-G, Jalan Puteri 2a/8, Bandar Puteri, Kajang, Selangor, Malaysia