

TADIKA AL-IRDIAH
Company SSM No 001083566-V · 1-50 Employees · Education / Training
About TADIKA AL-IRDIAH
Tadika Al-Irdiah Intergrasi merupakan pusat pembelajaran pra-skolah yang berpengalaman selama kira-kira 20 tahun dan kini berbakti di Desa Coalfields, Sungai Buloh, Selangor yang sudah berusia 14 tahun dan kami memerlukan cikgu tadika & pengasuh taska dengan segera. Tadika Al-Irdiah Intergrasi menawarkan pembelajaran dan program yang diinspirasi dari tadika islam amal dan sekolah rendah Islam Al-Amin Gombak (SRIAAG) sejak 21 tahun yang lepas. Program ini fokus dalam usaha membentuk kanak-kanak dengan skil komunikasi, skil berpasukan, skil kepimpinan diri, skil kreatif dan banyak lagi.
Di Tadika Al-Irdiah Intergrasi, kita menggunakan sistem belajar dalam bahasa English dan bahasa melayu. Tadika Al-Irdiah juga menerapkan pembelajaran asas berunsurkan islamik seperti baca doa sebelum dan selepas makan, latihan solat fardhu setiap hari dan cara komunikasi dengan penuh adab dan sopan.
Kami berbesar hati mempelawa individu yang sayangkan kanak-kanak, personaliti yang ceria dan mengambil kira tugas mengajar sebagai kerjaya untuk bantu tadika membentuk anak-anak yang soleh dan solehah.