jobs in ZAS HOMES SDN BHD

Full Time Host Live (Building Construction) Jobs, Salary up to MYR 2,500 in ZAS HOMES SDN BHD Kelantan - Maukerja

Host Live (Building Construction)

Share
Save

Working Location

  • Kota Bharu Kelantan Malaysia

Job Description

Responsibilities

Job description1. Tanggungjawab Utama

1. Pengendalian Live

  • Mengendalikan sesi Live di Facebook, TikTok dan platform berkaitan secara konsisten mengikut jadual dan KPI yang telah ditetapkan.
  • Menyampaikan penerangan tentang perkhidmatan pembinaan rumah ZASMA dengan jelas, yakin dan menarik.
  • Menerangkan proses pembinaan rumah, pakej, anggaran kos, kelebihan serta keunikan ZASMA.
  • Menjawab pertanyaan penonton secara profesional dan tepat.

2. Lead Generation

  • Menarik perhatian penonton untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang perkhidmatan ZASMA.
  • Menggalakkan penonton mengisi borang atau memberikan maklumat untuk dihubungi oleh Sales.
  • Mengenal pasti prospek yang benar-benar berminat untuk membina rumah.
  • Mendapatkan maklumat asas prospek seperti lokasi tanah, status pemilikan tanah, bajet dan perancangan pembinaan.
  • Mengelakkan pengumpulan leads yang tidak berkualiti atau sekadar ingin mengetahui harga tanpa niat pembelian.

3. Customer Engagement

  • Membina interaksi aktif dengan penonton melalui soalan, penerangan dan perkongsian pengalaman.
  • Mewujudkan keyakinan terhadap kredibiliti, kualiti dan profesionalisme ZASMA.
  • Mengendalikan bantahan dan pertanyaan pelanggan dengan pendekatan yang meyakinkan.
  • Menggunakan teknik komunikasi dan soft selling untuk mendorong penonton mengambil tindakan.

4. Penyelarasan Dengan Pasukan Sales

  • Menyerahkan leads yang diperoleh kepada pasukan Sales dengan maklumat lengkap.
  • Membuat semakan bersama Sales terhadap kualiti leads yang diperoleh.

5. Content & Improvement

  • Menyediakan topik dan skrip Live berdasarkan isu serta persoalan bakal pelanggan.
  • Mengikuti trend dan teknik Live yang sesuai dengan sasaran pasaran.
  • Menilai prestasi setiap sesi Live untuk meningkatkan keberkesanan penghasilan leads.

6. Liputan Majlis Serah Kunci (Key Handover & Live Coverage)

  • Menghadiri majlis serah kunci rumah pelanggan mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak syarikat.
  • Mengendalikan sesi Live secara langsung di lokasi projek semasa majlis serah kunci berlangsung.
  • Menemu bual pelanggan bagi mendapatkan maklum balas, testimoni dan pengalaman sepanjang proses pembinaan rumah.
  • Menonjolkan hasil kerja, kualiti pembinaan, reka bentuk dan keunikan rumah yang disiapkan oleh ZASMA.
  • Menggunakan peluang majlis serah kunci untuk menarik minat prospek baharu yang ingin membina rumah atas tanah sendiri.
  • Menghasilkan kandungan pemasaran yang boleh digunakan semula di platform media sosial syarikat.
  • Memastikan kebenaran pelanggan diperoleh sebelum membuat rakaman, siaran langsung atau menyiarkan testimoni.

Job Type: Full-time

Pay: RM2,000.00 - RM2,500.00 per month

Benefits:

  • Cell phone reimbursement
  • Maternity leave
  • Opportunities for promotion
  • Parental leave
  • Professional development

Work Location: In person

Important Information

Never provide your bank or credit card details when applying for jobs. Do not transfer any money or complete unrelated online surveys. If you see something suspicious, Report this Job ad.

Learn More