TUJUAN JAWATAN
Mengurus dan melaksanakan urusan kewangan serta perakaunan KoCIDB secara teratur, tepat dan berintegriti selaras dengan polisi, prosedur kewangan, peraturan koperasi dan arahan yang ditetapkan.
SKOP KERJA
- Mengurus rekod perakaunan, transaksi kewangan, pembayaran, penerimaan dan rekonsiliasi bank.
- Menyediakan laporan, penyata serta analisis kewangan secara berkala.
- Mengurus bajet, penghutang, pemiutang serta urusan berkaitan bank dan institusi kewangan.
- Mengendalikan urusan percukaian, SST, zakat, dividen serta dokumentasi kewangan berkaitan.
- Menyediakan dokumen bagi tujuan audit, pematuhan dan mesyuarat serta memastikan kawalan dalaman dipatuhi.
KELAYAKAN
- Minimum Diploma dalam Perakaunan, Kewangan, Pengurusan Kewangan atau bidang berkaitan.
- Mempunyai sekurang-kurangnya 1–2 tahun pengalaman dalam bidang kewangan atau perakaunan.
- Mempunyai pengetahuan dalam perakaunan, laporan kewangan, percukaian, SST dan urusan perbankan.
- Mahir menggunakan Microsoft Excel, Microsoft Office dan mempunyai pengalaman dalam perisian perakaunan merupakan satu kelebihan.
- Teliti, sistematik, amanah, berintegriti serta mempunyai kemahiran analisis, komunikasi dan pengurusan masa yang baik.
Pay: RM2,200.00 - RM6,000.00 per month
Benefits:
- Dental insurance
- Health insurance
- Parental leave
- Professional development
Work Location: In person