JAWATAN KOSONG: GURU TADIKA
Lokasi: Bright Berries, Taman Melati Utama, Kuala Lumpur
Gaji: RM1,800 – RM2,200 (bergantung pada pengalaman & kelayakan)
Waktu Bekerja: Isnin – Jumaat | 7:45 pagi – 5:30 petang
Sertai Keluarga Bright Berries!
Adakah anda seorang yang penyayang, sabar dan bersemangat untuk membantu anak-anak dalam mencapai potensi penuh mereka? Kami sedang mencari individu seperti anda untuk menyertai pasukan kami!
Tanggungjawab:
- Merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran harian yang sesuai dengan peringkat umur kanak-kanak.
- Mengajar asas pembelajaran awal seperti literasi, numerasi, kemahiran sosial dan nilai murni.
- Memantau perkembangan, tingkah laku dan keupayaan setiap kanak-kanak serta menyediakan laporan berkala.
- Memastikan keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan kanak-kanak sepanjang waktu berada di tadika.
- Membentuk disiplin, adab dan sahsiah kanak-kanak melalui pendekatan positif dan berhemah.
- Mengendalikan aktiviti rutin seperti waktu makan, rehat, kebersihan diri dan aktiviti luar.
- Berkomunikasi secara profesional dengan ibu bapa / penjaga berkaitan perkembangan dan keperluan kanak-kanak.
- Menyediakan bahan bantu mengajar dan memastikan persekitaran kelas sentiasa kemas, selamat dan kondusif.
- Mematuhi semua SOP, polisi dan peraturan tadika yang ditetapkan oleh pihak pengurusan.
- Melaksanakan tugasan lain yang diarahkan oleh pihak pengurusan dari semasa ke semasa.
Kelayakan:
- Minimum Sijil / Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak atau kelayakan setara.
- Mempunyai minat, kesabaran dan kasih sayang terhadap kanak-kanak.
- Berkebolehan berkomunikasi dengan baik dan berinteraksi secara profesional.
- Mempunyai disiplin diri yang baik serta bertanggungjawab.
- Sihat dari segi fizikal dan mental.
- Mempunyai pengalaman bekerja sekurnag-kurangnya 2 tahun di tadika.
Faedah & Kelebihan:
- Gaji menarik + bonus prestasi
- Latihan & pembangunan kerjaya disediakan
- Faedah perubatan, KWSP, SOCSO & EIS
- Cuti tahunan dan cuti sakit
- Lokasi strategik – berhampiran LRT Gombak & KL East Mall
- Persekitaran kerja yang mesra, positif & menyokong
Hantar resume anda ke: ************* / *************
WhatsApp: +*************
Jom sertai Bright Berries dan bantu anak-anak bersinar dengan potensi mereka!
Job Types: Full-time, Permanent
Pay: RM1,800.00 - RM2,200.00 per month
Benefits:
- Opportunities for promotion
- Professional development
Work Location: In person