- Shah Alam Selangor Malaysia
Working Location
Job Description
Responsibilities
Purpose of the Role/Role Overview:
Bertanggungjawab membantu menguruskan keperluan harian rumah majikan, menjalankan
urusan pembelian dan tugasan luar, serta menyediakan perkhidmatan pemanduan kepada majikan
dan ahli keluarga apabila diperlukan. Calon dikehendaki berada di kediaman majikan dan bersedia
membantu mengikut keperluan harian.
General /Role Overview:
1. Pengurusan Kediaman
• Membantu menguruskan keperluan harian rumah majikan.
• Berurusan dengan pembantu rumah (bibik) berkaitan keperluan barang dapur, barangan
rumah dan keperluan lain.
• Membantu memastikan keperluan rumah sentiasa mencukupi dan teratur.
• Melaksanakan tugasan berkaitan rumah seperti yang diarahkan oleh majikan.
2. Urusan Pembelian dan Tugasan Luar (Runner)
• Membeli barang dapur, makanan, barangan keperluan rumah dan barangan lain berdasarkan
arahan majikan atau pembantu rumah.
• Menjalankan urusan luar seperti mengambil atau menghantar barang, mengambil bungkusan
dan membuat pembelian.
• Memastikan barangan yang dibeli adalah tepat mengikut permintaan.
• Menyimpan dan menyerahkan resit pembelian untuk tujuan rekod.
3. Pemanduan dan Pengangkutan
• Memandu majikan dan ahli keluarga ke lokasi yang ditetapkan apabila diperlukan.
• Menghantar dan mengambil ahli keluarga bagi urusan harian, temu janji atau keperluan lain
berdasarkan arahan.
• Memastikan kenderaan berada dalam keadaan bersih dan sesuai untuk digunakan.
• Memandu secara berhemah serta mematuhi undang-undang jalan raya.
4. Bantuan Am dan Tugas Lain
• Membantu majikan dan ahli keluarga dalam urusan harian mengikut keperluan.
• Sentiasa bersedia menjalankan tugasan yang diberikan dengan cekap dan bertanggungjawab.
• Berada di kediaman majikan dan bersedia menjalankan tugasan atau urusan luar apabila
diperlukan.
• Menjaga kerahsiaan serta menghormati privasi majikan dan ahli keluarga.
Requirements:
• Mempunyai lesen memandu yang sah.
• Mempunyai rekod pemanduan yang baik dan mengetahui laluan jalan raya.
• Jujur, amanah, bertanggungjawab, menepati masa dan berdisiplin.
• Fleksibel serta bersedia melakukan pelbagai tugasan mengikut keperluan majikan.
• Boleh menjaga kerahsiaan dan menghormati privasi keluarga majikan.
• Pengalaman sebagai pemandu peribadi, pembantu rumah atau runner merupakan satu
kelebihan.
Important Information
Never provide your bank or credit card details when applying for jobs. Do not transfer any money or complete unrelated online surveys. If you see something suspicious, Report this Job ad.