Tanggungjawab:
- Membawa Pengarah syarikat/keluarga Pengarah syarikat ke destinasi yang ditetapkan dengan selamat, tepat pada masa dan secara profesional.
- Memastikan kenderaan sentiasa berada dalam keadaan bersih, baik dan selamat digunakan.
- Merancang laluan perjalanan yang sesuai bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas dan memastikan ketepatan masa.
- Mematuhi semua peraturan dan undang-undang jalan raya.
- Melaksanakan tugasan lain yang diarahkan oleh pihak pengurusan dari semasa ke semasa.
- Calon yang berjaya perlu fleksibel dengan waktu bekerja. Jawatan ini mungkin memerlukan pemanduan awal pagi, hujung minggu serta perjalanan luar kawasan (outstation)
Kelayakan:
- Memiliki lesen memandu kelas D dan B2 yang sah.
- Mempunyai pengalaman sebagai pemandu peribadi atau pemandu syarikat adalah satu kelebihan.
- Mahir dan mempunyai pengetahuan yang baik mengenai laluan jalan raya.
- Mempunyai rekod pemanduan yang baik serta bebas daripada rekod jenayah.
- Bertanggungjawab, berdisiplin, menepati masa dan mempunyai sikap profesional.
- Keutamaan diberikan kepada calon yang menetap di Kajang/Bangi.