jobs in PERABOT GHAZALI SDN BHD

Full Time EKSEKUTIF PEMASARAN Jobs, in PERABOT GHAZALI SDN BHD Kelantan - Maukerja

Share
Save

Working Location

  • Kota Bharu Kelantan Malaysia

Job Description

Responsibilities

Kami sedang mencari calon yang berpengalaman, kreatif, proaktif dan mempunyai kepakaran dalam bidang pemasaran digital serta strategi pemasaran untuk menyertai pasukan kami.

Skop Kerja & Tanggungjawab

1. Marketing Strategy & Planning

  • Merancang dan melaksanakan strategi pemasaran yang selari dengan objektif serta sasaran perniagaan syarikat.
  • Membangunkan pelan pemasaran bulanan dan tahunan untuk meningkatkan jualan serta mengukuhkan kedudukan jenama dalam industri perabot.
  • Mengenal pasti sasaran pelanggan, trend pasaran, peluang perniagaan dan strategi pemasaran pesaing.
  • Mencadangkan idea serta inisiatif pemasaran baharu bagi meningkatkan daya saing syarikat.

2. Branding & Brand Development

  • Membangunkan dan mengekalkan identiti serta imej jenama syarikat secara konsisten dan profesional.
  • Merancang kempen promosi, pelancaran produk, kempen jualan dan aktiviti pemasaran mengikut keperluan perniagaan.
  • Memastikan semua bahan promosi mencerminkan identiti, kualiti dan nilai jenama syarikat.

3. Content Creation & Social Media Management

  • Merancang, menghasilkan dan menyelia kandungan pemasaran yang kreatif, berkualiti dan berimpak tinggi.
  • Menghasilkan kandungan berbentuk video, fotografi produk, poster promosi, video pendek dan bahan pemasaran digital.
  • Mengurus serta membangunkan strategi kandungan bagi platform seperti Facebook, Instagram dan TikTok.
  • Mempunyai kemahiran dalam copywriting, penceritaan jenama (brand storytelling) dan penghasilan kandungan yang mampu menarik minat pelanggan.
  • Memastikan kandungan yang diterbitkan mempunyai objektif pemasaran yang jelas serta menyokong sasaran jualan syarikat.

4. Campaign Management & Digital Marketing

  • Merancang dan menyelaras kempen pemasaran digital serta promosi produk perabot.Memahami asas hingga lanjutan pengiklanan berbayar, termasuk Meta Ads dan TikTok Ads, serta mampu menilai keberkesanan kempen.
  • Memantau prestasi kandungan dan kempen berdasarkan capaian, penglibatan pelanggan, pertanyaan, prospek dan penukaran kepada jualan.
  • Mengoptimumkan strategi pemasaran berdasarkan data dan prestasi sebenar.

5. Market Research & Competitor Analysis

  • Menjalankan kajian pasaran dan menganalisis trend industri perabot serta tingkah laku pengguna.
  • Mengenal pasti peluang untuk memperkenalkan produk, promosi dan pendekatan pemasaran yang lebih berkesan.
  • Mencadangkan strategi untuk membezakan jenama syarikat daripada pesaing.

6. KPI, Reporting & Performance Evaluation

  • Menetapkan dan memantau KPI pemasaran berdasarkan objektif yang dipersetujui bersama pihak pengurusan.
  • Menyediakan laporan prestasi pemasaran secara berkala berserta analisis dan cadangan penambahbaikan.
  • Bertanggungjawab terhadap kualiti hasil kerja, pelaksanaan strategi dan pencapaian sasaran pemasaran.
  • Membentangkan hasil kempen berdasarkan data, bukti dan pencapaian yang boleh diukur.

KELAYAKAN & KRITERIA WAJIB

  • Mempunyai sekurang-kurangnya 3–5 tahun pengalaman relevan dalam bidang marketing, branding atau content creation.
  • Pengalaman dalam industri perabot, peruncitan, perabot rumah atau gaya hidup merupakan satu kelebihan.
  • Mempunyai portfolio pemasaran yang kukuh dan boleh menunjukkan hasil kerja sebenar.
  • Mampu menerangkan strategi, peranan sendiri dan hasil yang dicapai dalam kempen terdahulu.
  • Mahir merancang kandungan, menghasilkan bahan kreatif dan membangunkan strategi jenama.
  • Mempunyai kemahiran analisis prestasi pemasaran dan penyediaan laporan KPI.
  • Berperwatakan menarik,kreatif, proaktif, berdisiplin, mempunyai inisiatif tinggi dan mampu bekerja secara berdikari.
  • Mampu mengurus pelbagai tugasan serta memenuhi tempoh masa yang ditetapkan.

KEMAHIRAN

1. Content Creation

2. Design

3. Leader Editing

4. Team Work

5. Analysis Data

6. Live Selling

7. Product Knowledge

8. Marketing Knowledge

9. Social Media

3 PERKARA STANDARD YANG WAJIB :-

1. Apa yang perlu dibuat ?

  • Tugasan yang jelas

2. Bila perlu disiapkan ?

  • Mengikut dateline dan jadual kerja yang telah dipersetujui

3. Apa yang perlu dicapai ?

  • Hasil kerja dan sasaran yang perlu dicapai

Benefits:

  • Flexible schedule
  • Free parking

Work Location: In person

Important Information

Never provide your bank or credit card details when applying for jobs. Do not transfer any money or complete unrelated online surveys. If you see something suspicious, Report this Job ad.

Learn More