SKOP TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
1. Penyelenggaraan dan Pembaikan Kenderaan
- Melaksanakan pemeriksaan, penyelenggaraan berkala dan pembaikan kenderaan syarikat.
- Mengenal pasti kerosakan enjin, sistem mekanikal dan komponen kenderaan.
- Menjalankan kerja penukaran minyak enjin, penapis, alat ganti dan komponen berkaitan.
- Memeriksa keadaan tayar, brek, bateri dan sistem kenderaan yang berkaitan.
- Melaporkan kerosakan yang memerlukan pembaikan lanjut atau khidmat pakar.
2. Penyelenggaraan dan Pembaikan Mesin Penyiasatan Tapak
- Melaksanakan pemeriksaan dan penyelenggaraan mesin penyiasatan tapak serta peralatan berkaitan.
- Mengenal pasti kerosakan mekanikal pada mesin dan komponennya.
- Menjalankan kerja pembaikan dan penggantian alat ganti mengikut keperluan.
- Memastikan mesin berada dalam keadaan baik, selamat dan bersedia untuk digunakan di tapak projek.
- Membantu menyediakan mesin dan peralatan sebelum penghantaran ke tapak serta memeriksanya selepas digunakan.
- Melaporkan kerosakan yang memerlukan pembaikan khusus atau penggantian komponen.
3. Pengurusan Alat Ganti dan Peralatan Bengkel
- Mengenal pasti keperluan alat ganti dan bahan penyelenggaraan.
- Memaklumkan kepada penyelia tentang keperluan pembelian alat ganti sebelum sebarang pembelian dibuat.
- Memastikan penggunaan alat ganti direkodkan dengan teratur.
- Menjaga peralatan bengkel dan memastikan ia disimpan dengan baik selepas digunakan.
4. Rekod dan Keselamatan Kerja
- Merekod kerja pemeriksaan, penyelenggaraan dan pembaikan yang telah dilaksanakan.
- Memaklumkan status kerosakan dan kemajuan kerja kepada penyelia.
- Memastikan kawasan kerja sentiasa bersih, kemas dan selamat.
- Mematuhi prosedur keselamatan semasa menjalankan kerja pembaikan dan penyelenggaraan.
KELAYAKAN DAN KRITERIA CALON
- Minimum SPM atau sijil kemahiran dalam bidang mekanikal, automotif atau bidang berkaitan merupakan satu kelebihan.
- Mempunyai pengalaman membaiki kenderaan, mesin atau peralatan mekanikal.
- Mempunyai pengetahuan asas tentang enjin, sistem mekanikal dan penggunaan peralatan bengkel.
- Berkemahiran mengenal pasti kerosakan dan melaksanakan kerja pembaikan.
- Rajin, teliti, amanah dan bertanggungjawab.
- Mampu bekerja secara berdikari serta bekerjasama dengan pasukan. Bersedia melakukan kerja fizikal dan mematuhi prosedur keselamatan.
Pay: RM1,700.00 - RM1,900.00 per month
Work Location: In person