Kami sedang mencari calon yang teliti, bertanggungjawab dan mempunyai kemahiran pengurusan stok serta pembelian untuk menyertai pasukan kami.
Calon akan bertanggungjawab memastikan pengurusan inventori, pembelian barang dan penyelarasan pembekal berjalan dengan teratur bagi menyokong kelancaran operasi bengkel automotif.
Tanggungjawab Utama
- Mengurus dan mengemas kini rekod keluar masuk stok menggunakan sistem inventori atau Microsoft Excel.
- Memantau paras stok, membuat pemeriksaan stok (stock take) serta memastikan ketepatan rekod inventori.
- Mengurus pembelian alat ganti, tayar, minyak pelincir dan keperluan operasi bengkel.
- Mendapatkan serta membandingkan quotation pembekal dari segi harga, kualiti dan tempoh penghantaran.
- Menyediakan dan mengurus dokumen pembelian seperti Purchase Requisition (PR), Purchase Order (PO), Delivery Order (DO) dan invois.
- Memeriksa barangan yang diterima serta mengurus pemulangan, warranty dan claim pembekal.
- Berhubung dengan pembekal dan bekerjasama dengan jabatan lain bagi memastikan kelancaran operasi.
- Menyediakan laporan stok dan pembelian serta melaksanakan tugasan lain yang berkaitan atas arahan pihak pengurusan.
Kelayakan & Kemahiran
- Mempunyai pengetahuan asas dalam pengurusan inventori dan pembelian.
- Boleh menggunakan Microsoft Excel dan sistem pengurusan stok.
- Teliti dalam pengurusan data, dokumen dan rekod.
- Mempunyai kemahiran komunikasi dan pengurusan masa yang baik.
- Boleh bekerja secara berpasukan dan bertanggungjawab.
- Pengetahuan mengenai alat ganti kenderaan dan industri automotif merupakan satu kelebihan.
Pay: RM2,000.00 - RM2,500.00 per month
Benefits:
- Free parking
- Professional development
Work Location: In person