Sertai Pasukan Kami!
KOPUTRA sedang mencari individu yang proaktif, berintegriti dan berorientasikan pelanggan untuk mengisi jawatan Kerani Operasi Peruncitan.
Anda akan memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran operasi kedai, pengurusan inventori, transaksi jualan serta penyampaian perkhidmatan pelanggan yang berkualiti.
Tanggungjawab Jawatan
- Mengendalikan operasi harian kedai termasuk urusan jualan, transaksi kaunter dan perkhidmatan pelanggan.
- Memantau dan menguruskan inventori, termasuk pemeriksaan stok, tarikh luput serta tempahan barangan.
- Melaksanakan aktiviti promosi dan pemasaran bagi membantu meningkatkan prestasi jualan.
- Mengendalikan transaksi tunai dan pembayaran elektronik dengan tepat serta memastikan rekod jualan dikemas kini.
- Menyediakan laporan jualan harian, rekod inventori dan dokumentasi operasi.
- Menguruskan pertanyaan, tempahan serta aduan pelanggan secara profesional.
- Memastikan premis perniagaan sentiasa bersih, kemas dan teratur.
- Melaksanakan tugasan lain yang diarahkan oleh pihak pengurusan dari semasa ke semasa.
Kelayakan & Keperluan
- Memiliki sekurang-kurangnya SPM atau kelayakan setaraf.
- Mempunyai minimum 2 tahun pengalaman dalam bidang peruncitan, operasi kedai atau bidang berkaitan.
- Berpengetahuan dalam operasi perniagaan, pengurusan stok dan aktiviti jualan.
- Mahir menggunakan Microsoft Office (Word dan Excel).
- Mempunyai kemahiran komunikasi lisan dan penulisan yang baik.
- Berkebolehan menguruskan rekod, data dan menyediakan laporan dengan tepat.
Kriteria Calon Pilihan
- Jujur, amanah, matang dan mempunyai integriti yang tinggi.
- Cekap, proaktif dan bermotivasi tinggi.
- Mempunyai kemahiran interpersonal dan layanan pelanggan yang baik.
- Mampu bekerja di bawah tekanan dengan penyeliaan minimum.
- Boleh bekerja secara individu mahupun berpasukan.
- Bertanggungjawab, teliti dan mempunyai kemahiran pengurusan masa yang baik.
Pay: RM1,700.00 per month
Benefits:
- Health insurance
- Opportunities for promotion
- Parental leave
- Professional development
Work Location: In person