Membantu mengurus operasi kilang, menyelia ladang buah-buahan dan kelapa sawit yang ditetapkan, menyelaras pekerja ladang serta menyediakan perkhidmatan pemanduan kepada Pengarah Syarikat apabila diperlukan.
Skop Kerja (Job Description):
1. Operasi Kilang
- Membantu urusan operasi kilang dan aktiviti harian.
- Memberi sokongan kepada bahagian Gudang dan Pengeluaran apabila diperlukan.
- Membantu menyelaras pekerja dan tugasan operasi lain yang diarahkan.
2. Penyeliaan Ladang & Kebajikan Pekerja
- Menyelia ladang buah-buahan dan kelapa sawit serta pekerja di bawah seliaan.
- Membahagikan tugasan, memantau kehadiran, kemajuan kerja dan prestasi pekerja.
- Membuat pemeriksaan kawasan ladang serta memantau kebajikan, tempat tinggal dan keselamatan pekerja.
- Melaporkan sebarang masalah operasi atau berkaitan pekerja kepada pihak Pengurusan.
3. Laporan & Pemantauan
- Menyediakan laporan berkala berkaitan keadaan ladang, pekerja dan kemajuan kerja.
- Melaporkan sebarang masalah, memastikan tindakan susulan dibuat dan mencadangkan penambahbaikan.
4. Tugas Pemandu Peribadi
- Menyediakan perkhidmatan pemanduan yang selamat dan menepati masa untuk Pengarah Syarikat serta pihak Pengurusan apabila diperlukan.
- Memastikan kenderaan sentiasa bersih, melaporkan keperluan penyelenggaraan dan menguruskan urusan rasmi syarikat.
KELAYAKAN & SYARAT:
- Mempunyai kelulusan SPM atau kelayakan yang setaraf.
- Mempunyai lesen memandu Malaysia yang sah.
- Mampu menyelia pekerja, bergerak antara lokasi kerja dan bekerja secara sendiri tanpa pengawasan berterusan.
- Bertanggungjawab, berdisiplin, amanah dan fleksibel dalam menjalankan tugasan yang diberikan.
Pay: RM2,000.00 - RM2,500.00 per month
Work Location: In person