- Gelugor, Penang Gelugor Pulau Pinang Malaysia
Working Location
Job Description
Responsibilities
Mengenai Jawatan Ini
National Institutes of Biotechnology Malaysia (NIBM) sedang mencari seorang Saintis yang bermotivasi, berdedikasi dan berpengalaman untuk menyertai pasukan kami.
Tanggungjawab Utama
1. Melaksanakan aktiviti R&D bagi mencapai KPI IPharm-NIBM dalam bidang pembangunan produk farmaseutikal dan nutraseutikal;
2. Bersama-sama dengan Head of QA, QA Executive GMP IPharm-NIBM bertanggungjawab:
a) Mengurus dan memastikan keberkesanan Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) serta pematuhan terhadap GMP, APB, DRGD dan peraturan pihak berkuasa berkaitan;
b) Memastikan kawalan kualiti bahan permulaan, bahan pembungkusan, produk perantaraan dan produk siap dilaksanakan mengikut spesifikasi dan prosedur yang ditetapkan;
c) Memastikan proses semakan, pelepasan, penyimpanan dan pengedaran produk siap dilaksanakan dengan teratur serta mematuhi keperluan kualiti;
d) Menyelenggara dan mengemas kini dokumentasi kualiti, termasuk Manual Kualiti, Site Master File, SOP, spesifikasi, arahan kerja, rekod dan borang berkaitan;
e) Merancang dan melaksanakan aktiviti audit dan pemeriksaan, termasuk pemeriksaan kendiri, audit dalaman, audit pembekal serta tindakan susulan yang berkaitan;
f) Mengurus isu kualiti dan ketidakpatuhan, termasuk siasatan aduan pelanggan, pengurusan risiko serta pembangunan dan pemantauan tindakan pembetulan dan pencegahan (CAPA); dan
g) Membangun dan melaksanakan Program Kelayakan Pembekal dan Program Kualiti bagi memastikan pembekal dan aktiviti berkaitan memenuhi keperluan yang ditetapkan.
Kelayakan dan Pengalaman:
1. Warganegara Malaysia.
2. Mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains seperti bidang Teknologi Farmaseutikal, Sains Farmaseutikal, Bioteknologi Kesihatan atau yang berkaitan dan diiktiraf oleh kerajaan Malaysia daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
3. Sekurang-kurangnya tiga (3) tahun pengalaman dalam bidang Jaminan Kualiti (QA) untuk industri pembuatan produk ubat tradisional, suplimen kesihatan atau farmaseutikal (Good Manufacturing Practice);
4. Berpengalaman dalam menguruskan projek R&D yang berkaitan formulasi dan pembangunan produk, pendaftaran produk perubatan tradisional serta pengurusan fasiliti GMP atau setara;
5. Mempunyai keupayaan berfikir secara analitikal, kritikal dan sistematik dalam menilai isu kualiti serta ketidakpatuhan; dan
6.Mempunyai keupayaan berkomunikasi dan bekerjasama secara profesional dengan pihak dalaman dan luaran.
Faedah dan Peluang yang Ditawarkan
Di NIBM, kami menghargai kakitangan sebagai aset utama organisasi. Dalam peranan ini, anda akan berpeluang untuk:
Menyumbang kepada pembangunan dan pengurusan modal insan organisasi.
Bekerja dalam persekitaran yang kolaboratif, dinamik dan menyokong pembelajaran berterusan.
Menikmati ganjaran dan imbuhan yang kompetitif.
Mengenai Kami
(NIBM) ditubuhkan pada 27 Januari 2012 sebagai sebuah konsortium institut bioteknologi kebangsaan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). NIBM menerajui penyelidikan, pembangunan, inovasi dan pengkomersilan bioteknologi moden melalui tiga institut di bawahnya — Institut Agro-Bioteknologi Malaysia (ABI), Institut Farmaseutikal dan Nutraseutikal Malaysia (IPharm), dan Institut Genom dan Vaksin Malaysia (MGVI).
Cara Memohon
Sekiranya anda seorang individu yang bersemangat, komited dan ingin menjadi sebahagian daripada pasukan kami, kami mengalu-alukan permohonan anda.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di:
*************
Tarikh tutup permohonan: 24 OGOS 2026
Important Information
Never provide your bank or credit card details when applying for jobs. Do not transfer any money or complete unrelated online surveys. If you see something suspicious, Report this Job ad.