IKLAN JAWATAN KOSONG: BAHAGIAN PEMASARAN
Kami di JRM Stokis JB sedang mencari individu yang berdedikasi untuk menyertai pasukan pemasaran kami.
Kelayakan:
- Terbuka kepada lulusan baharu (fresh graduate) dan juga calon yang berpengalaman.
- Kebiasaannya perlu melalui tempoh percubaan selama 3 bulan (tertakluk kepada majikan).
- Anggaran pendapatan bulanan: RM2,500 dan ke atas (Gaji Asas + Komisen). Gaji asas tertakluk kepada pengalaman atau/dan kemahiran, manakala komisen pula tiada had dan dinilai berdasarkan hasil jualan serta prestasi kerja.
- Waktu bekerja: Isnin - Sabtu, 9 pagi hingga 5:30 petang.
- Memiliki sekurang-kurangnya Diploma, Ijazah Sarjana Muda atau kelayakan yang setaraf dengannya dalam bidang Pemasaran, Pengurusan Perniagaan, Komunikasi Massa, Multimedia, atau bidang-bidang lain yang berkaitan.
- Manfaat: Potensi pendapatan RM2,500+ (Gaji & Komisen) Bonus tahunan (sebelum Hari Raya) Elaun kehadiran & tambahan (selepas 3 bulan probation) & Percutian syarikat tahunan.
KRITERIA JAWATAN MARKETING
- Berpengalaman menguruskan media sosial (FB, IG, Tiktok).
- Mempunyai kemahiran membuat poster (contoh: Canva, Adobe Photoshop etc).
- Kreatif, proaktif & mampu bekerja secara berdikari.
- Mampu merancang kempen marketing & capai KPI.
- Pandai berkomunikasi dengan pelanggan & pengedar.
- Disiplin, konsisten dan boleh bekerja mengikut deadline.
- Minat dalam industri kesihatan & kecantikan.
SKOP KERJA MARKETING
1. Strategi & Perancangan
- Merancang pelan marketing bulanan & tahunan.
- Menetapkan objektif, KPI dan sasaran jualan setiap kempen.
2. Pengurusan Media Sosial
- Mengurus posting harian (FB, IG, TikTok).
- Menyediakan content: poster, video & copywriting.
- Mengurus mesej, komen & pertanyaan pelanggan.
3. Membuat Poster & Edit Video
- Membuat poster content & promosi (Canva, Adobe Photoshop etc)
- Edit video content untuk menarik pelanggan datang kedai (Capcut etc)
4. Event & Aktiviti Offline
- Mengurus program seperti Customer Day, CSR, Reward Pengedar & etc.
- Menyediakan bahan promosi (poster, bunting, flyer, booth).
5. Merakam Video Content
- Membantu team marketing untuk merekod video content.
- Pandai menggunakan angle camera dengan baik.
Job Types: Full-time, Permanent, Fresh graduate
Pay: RM2,500.00 per month
Work Location: In person