Bertanggungjawab memindah dan melindungi "consignment" (wang tunai, emas dan barangan lain yang dianggap berharga oleh pelanggan) daripada dimusnahkan atau diambil tanpa kebenaran, semasa ianya dipindahkan dari satu lokasi ke lokasi yang lain.
Sentiasa peka terhadap persekitaran sekeliling, berwaspada dan memaklumkan kepada Krew Komander/Pegawai sekiranya ada individu atau sekumpulan individu yang mencurigakan serta boleh mendatangkan risiko terhadap keselamatan "consignment".
Memastikan jumlah "consignment" yang dihantar dan dikutip adalah mencukupi seperti yang dinyatakan di dalam "trip sheet".
...