Bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja pemeriksaan, penyelenggaraan, pembaikan dan penyelesaian masalah berkaitan sistem elektrik, penyaman udara, peti sejuk beku (freezer) serta kemudahan lain di kawasan resort bagi memastikan semua peralatan dan kemudahan berfungsi dengan baik dan selamat.
TUJUAN JAWATAN- Bertanggungjawab membantu Executive Chef dalam mengurus dan menyelia operasi dapur bagi bahagian Banquet dan Western Kitchen, memastikan penyediaan makanan berjalan lancar serta menepati standard kualiti, rasa, persembahan, kebersihan dan keselamatan makanan yang ditetapkan oleh syarikat.
Tujuan Jawatan- Bertanggungjawab memastikan semua transaksi hasil pendapatan direkod, disemak dan direkonsiliasi dengan tepat bagi memastikan ketepatan rekod kewangan serta pematuhan kepada polisi dan prosedur syarikat.
Skop Tugas dan Tanggungjawab:1. Membantu dalam persediaan dan pelaksanaan persembahan burung mengikut jadual yang ditetapkan.2. Membantu penjagaan harian burung termasuk pemberian makanan, penyediaan air minuman dan memastikan kebersihan sangkar serta kawasan persembahan.3. Membantu jurulatih dalam melatih dan mengendalikan burung mengikut prosedur yang ditetapkan.4. Memastikan burung berada dalam keadaan sihat, selamat dan terjaga dengan baik.5. Membantu menyediakan peralatan dan memastikan kawasan persembahan bersih serta selamat sebelum dan selepas persembahan.6. Memberikan penerangan asas kepada pengunjung berkaitan burung dan persembahan apabila diperlukan.7. Memastikan keselamatan pengunjung, pekerja dan burung sepanjang aktiviti dijalankan.8. Mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP), arahan penyelia dan peraturan keselamatan yang ditetapkan.9. Melaksanakan tugas-tugas lain yang berkaitan mengikut arahan pihak pengurusan dari semasa ke semasa.Kelayakan dan Keperluan:- Berminat dalam penjagaan haiwan, khususnya burung.- Mempunyai sikap bertanggungjawab, rajin dan sanggup belajar.- Mampu bekerja di luar bangunan serta dalam persekitaran yang terdedah kepada cuaca panas dan hujan.- Bersedia bekerja mengikut syif, termasuk hujung minggu dan cuti umum.- Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik serta boleh bekerja dalam pasukan.- Pengalaman mengendalikan haiwan merupakan satu kelebihan, tetapi latihan akan diberikan kepada calon yang sesuai.