Penghantaran (Pemandu)
1.1 Menghantar barang ke pasaraya yang telah diaturkan. Minimum standard 1 hari penghantaran adalah 5 outlet
1.1.1 Melaporkan lokasi dan belanja dari masa ke semasa sewaktu dalam perjalanan (sentiasa berada dalam radar).
1.1.2 Mempunyai pengetahuan terperinci/jelas tentang perjalanan yang diaturkan oleh
Koordinator logistik dan memeriksa stok yang dibawa mencukupi dan dalam
keadaan baik sebelum memulakan perjalanan.
1.2 Sediakan laporan bulanan Monthly Delivery Report “*_MDR_*” untuk dihantar secara bulanan kepada pengurus penghantaran.
Pentadbiran
2.1 Menjaga segala dokumen syarikat seperti DO, Invois dan CN direkod dan difailkan secara sistematik, berlabel mengikut sistem fail.
2.1.1 Memastikan Delivery Order “DO” diperiksa untuk mengelakkan permasalahan
sewaktu penghantaran.
2.1.2 Menjadikan DO ke Invois untuk kegunaan jabatan akaun.
2.2 Memastikan aset syarikat dan semua peralatan dalam keadaan baik dan berfungsi.
2.2.1 Menyimpan harta syarikat dan kunci-kunci premis perniagaan termasuk bangunan
yang disewa dengan baik.
2.2.2 Menguruskan urusan pemeriksaan ke atas kenderaan syarikat secara berkala untuk
pembaharuan Puspakom.
2.3 Menjaga dalam hal penyelenggaraan, keselamatan dan kebersihan premis perniagaan dan asset syarikat termasuk kenderaan, pest control, alatan pejabat, mesin-mesin, TNB, Telekom, Unifi, telefon.
2.4 Menyambut tetamu syarikat dan menyediakan segala keperluan yang diperlukan semasa lawatan mengikut SOP menyambut tetamu yang ditetapkan termasuk jual beli produk syarikat.
Bekerja dipelbagai seksyen dalam proses pengeluaran seperti Packing, Cold Room, Freezer, Receiving, Store, Main Processising, dan lain-lain. Bertugas mengopek kulit udang, membuat pengelasan udang, menimbang, membungkus, membuat stock keeping, label, dll. Sepanjang tempoh bekerja adalah berdiri. Oleh itu perlu fit untuk berdiri untuk tempoh kerja yang lama. Sekiranya boleh membaca, menulis dan membuat rekod adalah kelebihan tambahan.