Tanggungjawab Kerja: -Menghantar barangan dengan selamat dan tepat pada masa kepada pelanggan dan lokasi yang ditetapkan. -Memuat dan memunggah barangan apabila diperlukan. -Memastikan kenderaan sentiasa bersih dan berada dalam keadaan baik. -Mengikut jadual penghantaran serta mematuhi peraturan lalu lintas. -Menyemak pesanan penghantaran dan memastikan barangan yang dihantar adalah betul. -Melaporkan sebarang masalah kenderaan atau isu penghantaran kepada penyelia.
Kelayakan: -Mempunyai Lesen E-Full yang sah. Sekurang-kurangnya 1–2 tahun pengalaman memandu lori. -Rekod pemanduan yang baik dan mempunyai sikap bertanggungjawab. -Sihat tubuh badan dan mampu melakukan kerja memuat dan memunggah barangan jika diperlukan. -Biasa dengan jalan raya dan laluan penghantaran tempatan.