jobs in Muhibbin Group Sdn Bhd

Internship For Accounting Specialist

SSM No : 1324954-W

Up to MYR1,000 Per Month

Shah Alam, Selangor

Graduan Baru

Jadilah pemohon terawal!

Posted 7 months ago • Closing 24 Sep 2024

Jadilah pemohon terawal!

Kelayakan

Kami dengan senang hati menawarkan peluang internship di Bahagian Akaun kami. Peluang ini adalah pintu masuk anda ke dalam dunia perakaunan yang sebenar, dan kami bersedia memberikan elaun bermula dari RM 300.00 hingga RM 1000.00+ kepada anda yang berminat.

Syarat Kelayakkan : 

  • Minimum kelulusan Sijil Kemahiran (SKM) / Diploma / Ijazah Perakaunan
  • Tempoh latihan industri selama 2-6 bulan, lokasi syarikat di Seksyen 16, Shah Alam.
  • Sikap positif dan semangat dalam kerja berpasukan.

Tanggungjawab

  • Membantu kami dalam pengurusan dokumen perakaunan
  • Membantu kami dalam merancang, mengatur dan mentadbir sistem perakaunan untuk syarikat Enterprise atau Sdn Bhd.
  • Membantu kami dalam merancang dan menyediakan penyata kewangan.
  • Membantu kami dalam menyediakan penyata cukai, memberi nasihat tentang masalah percukaian.
  • Membantu kami dalam menyediakan atau melaporkan ramalan keuntungan dan kewangan.

Manfaat

Apa yang boleh anda harapkan daripada pengalaman internship bersama kami:

  • Pengajaran Asas Perakaunan: Kami akan memberikan tunjuk ajar mendalam mengenai konsep-konsep asas perakaunan serta sistem perakaunan seperti Quickbook, UBS, dan SQL.
  • Kerjasama dengan Profesional Akaun: Anda akan berpeluang bekerja bersama pasukan profesional akaun yang berpengalaman.
  • Pengurusan Akaun dan Cukai: Anda akan dapat memahami bagaimana pengurusan akaun dan cukai berfungsi dalam syarikat secara sistematik.
  •  Kerjasama dengan Auditor: Anda akan berpeluang untuk bekerjasama bersama team auditor dalam pertemuan khas

    Kelebihan  yang kami tawarkan :

  • Elaun yang Menarik: Anda berpeluang menerima elaun bermula dari RM 300.00 hingga RM 1000+ 
  • Makanan Tengahari Disediakan: Kami menjaga keperluan pekerja kami. Oleh itu, makanan tengahari disediakan supaya anda mendapat tenaga yang padu untuk memberikan komitmen yang terbaik.
  • Hostel Berdekatan: Kami menyediakan hostel yang berdekatan dengan pejabat dengan hanya berjalan kaki dari pejabat. Kemudahan ini memudahkan anda untuk bekerja dengan penuh keselesaan.
  • Pendedahan yang Luas: Anda akan diberi peluang untuk melibatkan diri dalam pelbagai aspek akaun. Ini adalah peluang emas untuk menyerap ilmu daripada profesional dalam industri ini.
  • Peluang Menjadi Staff: Sekiranya anda mengekalkan komitmen yang baik dan memenuhi kriteria, anda berpeluang untuk diserap sebagai kakitangan (staf) dan menyertai pasukan Muhibbin . 

    Ini adalah permulaan yang hebat untuk membawa anda ke arah kerjaya cemerlang dalam bidang akaun !
scam job notice

Important Information

Never provide your bank or credit card details when applying for jobs. Do not transfer any money or complete unrelated online surveys. If you see something suspicious, Report This Job ad.

Learn More

Mengenai Syarikat

jobs in Muhibbin Group Sdn Bhd

Muhibbin Group Sdn Bhd Muhibbin Group Sdn Bhd is top company

Akaun/Perkhidmatan Cukai

Mengenai Syarikat

jobs in Muhibbin Group Sdn Bhd

Muhibbin Group Sdn Bhd Muhibbin Group Sdn Bhd is top company

Akaun/Perkhidmatan Cukai