jobs in DREAMYZA

Kerja Sepenuh Masa BOUTIQUE ASSISTANT, Gaji tinggi MYR 2,000 di DREAMYZA Johor - Maukerja

MYR1,800 - MYR2,000 Sebulan
Kongsi
Simpan

Lokasi Kerja

  • Johor Bahru Johor Malaysia

Penerangan Kerja

Tanggungjawab

Kami sedang mencari individu yang berpersonaliti ceria, mesra pelanggan dan bersemangat tinggi dalam bidang jualan dan fesyen untuk menyertai pasukan butik kami. Jika anda seorang yang berkebolehan dalam menutup jualan (close sales) dan suka bekerja berasaskan sasaran (target-driven) — anda orang yang tepat!

Lokasi: Bandar Baru Uda Johor

Tanggungjawab Utama:

  • Melayan pelanggan walk-in dan WhatsApp hingga berjaya menutup jualan
  • Mencapai dan melepasi sasaran jualan bulanan yang ditetapkan
  • Menjaga kebersihan butik dan menguruskan stok secara sistematik
  • Membuat jualan melalui live
  • Mengurus dan mengemas kini pangkalan data pelanggan untuk meningkatkan jualan ulangan
  • Memproses pesanan dalam talian dengan teratur dan cekap

Kriteria Calon yang Diperlukan:

  • Mesra, yakin berkomunikasi dan berpenampilan kemas
  • Berkebolehan dalam membuat jualan (close sales) secara berdepan dengan pelanggan, WhatsaApp dan Live
  • Berminat dalam bidang jualan dan fesyen
  • Bersedia bekerja pada hujung minggu dan cuti umum
  • Mempunyai pengalaman dalam bidang jualan adalah satu kelebihan, namun latihan akan disediakan

Manfaat & faedah yang Ditawarkan:

  • Gaji asas yang menarik, ditambah komisen dan insentif bulanan jika capai target
  • Peluang kenaikan pangkat dan pembangunan kerjaya
  • Persekitaran kerja yang positif dan menyokong kerjasama berpasukan

Jenis Pekerjaan: Sepenuh masa

Gaji: Basic 1800-RM2,000.00 (bergantung kepada skill dan pengalaman) + elaun prestasi

Waktu Kerja:

  • 6 hari seminggu (1 hari cuti)

Job Types: Full-time, Fresh graduate

Pay: RM1,800.00 - RM2,000.00 per month

Benefits:

  • Opportunities for promotion
  • Professional development

Work Location: In person

Peringatan Penting

Jangan pernah kongsikan maklumat bank atau kad kredit anda semasa memohon pekerjaan. Elakkan membuat sebarang pembayaran atau mengisi survey yang tidak berkaitan. Jika ada yang mencurigakan, sila laporkan iklan pekerjaan ini segera.

Lebih Lanjut