jobs in M & N Furniture Trading Sdn. Bhd.

Kerja Sepenuh Masa Pemandu Lori (Penghantaran Perabot Berat), Gaji tinggi MYR 3,000 di M & N Furniture Trading Sdn. Bhd. Selangor - Maukerja

Pemandu Lori (Penghantaran Perabot Berat)

MYR2,600 - MYR3,000 Sebulan
Kongsi
Simpan

Lokasi Kerja

  • Semenyih Selangor Malaysia

Penerangan Kerja

Tanggungjawab

Skop Kerja:
Bertanggungjawab mengendalikan penghantaran barang kepada pelanggan dengan selamat, teratur dan mengikut masa yang ditetapkan. Calon yang baru menyertai syarikat akan diberikan latihan awal dengan mengikuti pemandu senior sebelum mengendalikan lori secara sendiri.

Tugas & Tanggungjawab

  • Mengurus proses memuat dan memunggah barang penghantaran.
  • Menghantar produk kepada pelanggan mengikut jadual harian yang ditetapkan.
  • Memastikan jumlah dan keadaan barang adalah tepat sebelum penghantaran dibuat.
  • Menggunakan aplikasi navigasi atau laluan yang sesuai untuk penghantaran yang lebih lancar.
  • Memeriksa keadaan lori seperti tayar, minyak hitam, lampu dan brek bagi memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik.
  • Mematuhi undang-undang jalan raya serta prosedur keselamatan syarikat.
  • Menjalankan penghantaran sekitar Kuala Lumpur serta kawasan luar sekiranya diperlukan (elaun tambahan disediakan untuk trip outstation).
  • Memastikan setiap penghantaran sampai kepada pelanggan dalam keadaan baik dan tepat pada waktunya.

Kelayakan Diperlukan

  • Minimum PMR/PT3 atau kelayakan setaraf.
  • Mempunyai lesen memandu kelas D & GDL yang masih sah.
  • Rekod pemanduan yang baik dan berdisiplin.
  • Boleh bekerja secara sendiri serta bekerjasama dalam pasukan.
  • Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 1–2 tahun dalam bidang penghantaran lori adalah satu kelebihan.
  • Mampu mengangkat barang berat apabila diperlukan.
  • 6 hari bekerja seminggu

Faedah & Ganjaran

  • Gaji asas yang menarik
  • Caruman KWSP & PERKESO
  • Elaun tambahan untuk penghantaran luar kawasan
  • Cuti tahunan dan cuti sakit
  • Peluang kenaikan gaji & perkembangan kerjaya berdasarkan prestasi kerja

Berminat? Hantar resume anda ke:
*************
WhatsApp: ************* 0687

Pay: RM2,600.00 - RM3,000.00 per month

Work Location: In person

Peringatan Penting

Jangan pernah kongsikan maklumat bank atau kad kredit anda semasa memohon pekerjaan. Elakkan membuat sebarang pembayaran atau mengisi survey yang tidak berkaitan. Jika ada yang mencurigakan, sila laporkan iklan pekerjaan ini segera.

Lebih Lanjut