jobs in Docto Aircond Sdn Bhd

Kerja Sepenuh Masa Juruteknik (aircond), Gaji tinggi MYR 2,500 di Docto Aircond Selangor - Maukerja

MYR1,800 - MYR2,500 Sebulan
Kongsi
Simpan

Lokasi Kerja

  • Kajang Selangor Malaysia

Penerangan Kerja

Tanggungjawab

Docto Aircond merupakan syarikat yang menyediakan perkhidmatan pemasangan, penyelenggaraan dan pembaikan sistem penghawa dingin untuk sektor kediaman, komersial dan industri.

Seiring dengan perkembangan syarikat, kami sedang mencari individu yang berkemahiran, komited dan bersemangat untuk berkembang bersama kami dalam industri HVAC dan penyelenggaraan fasiliti.

Lokasi Site:
Bangi | Semenyih | Negeri Sembilan | Pulau Pinang

Kelayakan:

  • Mempunyai Sijil/Diploma dalam bidang Penghawa Dingin/Mekanikal
  • Berpengalaman sekurang-kurangnya 1-3 tahun dalam kerja-kerja penyelenggaraan dan pemasangan dan pembaikan sistem penghawa dingin
  • Kemahiran komunikasi yang baik dan mampu bekerja secara berpasukan
  • Mematuhi peraturan keselamatan kerja.

Tanggungjawab:

  • Berperanan sebagai team leader bagi mengetuai pasukan mekanikal bagi melaksanakan kerja-kerja pemasangan dan penyelenggaraan sistem penghawa dingin.
  • Memantau bagi kerja - kerja mendiagnosis dan membaiki masalah pada peralatan atau sistem penghawa dingin.
  • Menyediakan laporan kerja dan menyimpan rekod penyelenggaraan.
  • Memastikan pematuhan kepada standard operasi yang ditetapkan oleh syarikat.
  • Memberikan sokongan teknikal kepada pasukan projek.
  • Memberikan sepenuh komitmen untuk kerja- kerja lebih masa

Faedah:

  • Tuntutan Perjalanan (minyak dan tol)
  • Tuntutan Perubatan
  • Tuntutan Alatan Sukan
  • Elaun Tambahan
  • Program Sukan Bulanan
  • Duit Raya / Bonus Tahunan

Pay: RM1,800.00 - RM2,500.00 per month

Benefits:

  • Opportunities for promotion
  • Professional development

Work Location: In person

Peringatan Penting

Jangan pernah kongsikan maklumat bank atau kad kredit anda semasa memohon pekerjaan. Elakkan membuat sebarang pembayaran atau mengisi survey yang tidak berkaitan. Jika ada yang mencurigakan, sila laporkan iklan pekerjaan ini segera.

Lebih Lanjut