jobs in DIversatech Fertilizer Sdn Bhd

Kerja Sepenuh Masa Technician Kilang Baja | Bandar Sultan Suleiman, North Port, Gaji tinggi MYR 3,000 di DIversatech Fertilizer Selangor - Maukerja

Technician Kilang Baja | Bandar Sultan Suleiman, North Port

MYR1,700 - MYR3,000 Sebulan

Port Klang, Selangor

Kongsi
Simpan

Lokasi Kerja

  • Port Klang Selangor Malaysia

Penerangan Kerja

Tanggungjawab

JAWATAN KOSONG TECHNICIAN (Electrikal & Mekalnikal) KILANG BAJA - NORTH PORT

Warganegara Malaysia Sahaja

18 – 30 Tahun

Jawatan adalah terhad

Basic RM1700 (8Jam Kerja) - belum termasuk overtime

Elaun tetap (RM400) + RM100 ELAUN KEHADIRAN

  • Tuntutan Medikal sehingga RM1,200
  • Klinik Panel
  • Hadiah Saguhati berkahwin
  • Hadiah Saguhati melahirkan anak
  • Cuti Tahunan
  • Caruman EPF, SOCSO
  • Latihan diberikan

Keutamaan Elektrikal

Jawatan: Basic Technician (Electrical & Mechanical)Ringkasan Jawatan

Bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan, pemeriksaan, pembaikan dan pemasangan peralatan elektrik serta mekanikal bagi memastikan operasi kilang baja berjalan dengan selamat, cekap dan berterusan.

Tanggungjawab UtamaElektrikal

  • Menjalankan pemeriksaan harian ke atas sistem dan peralatan elektrik.
  • Melakukan penyelenggaraan pencegahan (preventive maintenance) mengikut jadual yang ditetapkan.
  • Mengesan dan menyelesaikan masalah kerosakan elektrik pada motor, panel kawalan, sensor, inverter dan sistem automasi asas.
  • Membantu kerja pemasangan dan pendawaian peralatan elektrik baharu.
  • Memastikan semua kerja elektrik mematuhi prosedur keselamatan dan piawaian syarikat.

Mekanikal

  • Menjalankan pemeriksaan dan penyelenggaraan mesin pengeluaran baja.
  • Membaiki dan menukar komponen mekanikal seperti bearing, coupling, belt, chain, gearbox, valve dan pam.
  • Melakukan kerja pelinciran (lubrication) dan penjajaran (alignment) peralatan.
  • Membantu dalam aktiviti overhaul dan shutdown mesin.
  • Memastikan mesin berada dalam keadaan operasi yang baik dan selamat.

Am

  • Mengisi dan mengemaskini rekod penyelenggaraan serta laporan kerosakan.
  • Memberi maklum balas kepada penyelia mengenai status mesin dan peralatan.
  • Mematuhi peraturan keselamatan, kesihatan dan alam sekitar (HSE).
  • Menjaga kebersihan kawasan kerja dan peralatan.
  • Bersedia bekerja syif, lebih masa atau dipanggil semasa kecemasan jika diperlukan.
  • Melaksanakan tugasan lain yang diarahkan oleh penyelia dari semasa ke semasa.

Kelayakan

  • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Sijil Politeknik atau Diploma dalam bidang Elektrik, Mekanikal, Mekatronik atau setaraf.
  • Pengalaman dalam penyelenggaraan industri adalah satu kelebihan.
  • Mempunyai pengetahuan asas mengenai sistem elektrik dan mekanikal industri.
  • Mampu membaca lukisan teknikal dan manual peralatan.
  • Mempunyai sikap positif, disiplin dan mampu bekerja secara berpasukan.

Job Type: Full-time

Pay: RM1,700.00 - RM3,000.00 per month

Application Question(s):

  • Berapa umur anda?
  • Dimana tempat tinggal anda?
  • Berapa lama notis berhenti anda?
  • Bilakah anda boleh datang interview?
  • Berapa tahun Pengalaman sebagai Technician? (nyatakan pengalaman elektrikal/Mekanikal)
  • Adakah anda bole kerja dalam keadaan berhabuk?
  • Adakah anda oleh bekerja lebih masa (contoh 12jam sehari) ?
  • Adkah anda mempunyai masalah kesihatan?

Work Location: In person

Peringatan Penting

Jangan pernah kongsikan maklumat bank atau kad kredit anda semasa memohon pekerjaan. Elakkan membuat sebarang pembayaran atau mengisi survey yang tidak berkaitan. Jika ada yang mencurigakan, sila laporkan iklan pekerjaan ini segera.

Lebih Lanjut