- Kuala Terengganu Terengganu Malaysia
Lokasi Kerja
Penerangan Kerja
Tanggungjawab
Kedai Emas Zahir ialah sebuah peruncit barang kemas yang berpusat di Terengganu, Malaysia, yang mengkhusus dalam emas dan logam berharga. Syarikat ini melayani pelbagai pelanggan yang berminat dengan barang kemas emas berkualiti tinggi untuk kegunaan peribadi, pelaburan, atau majlis istimewa seperti perkahwinan dan sambutan budaya. Kedai Emas Zahir terkenal dengan pilihan rekaan emas tradisional dan moden yang memenuhi citarasa tempatan serta menawarkan harga yang kompetitif.
Tatakerja :
-Memberikan layanan yang profesional dan mesra kepada pelanggan berkaitan produk, harga, dan perkhidmatan yang ditawarkan.
-Membuat susulan (follow up) terhadap pelanggan yang membuat tempahan atau pembelian barang melalui sesi live.
-Mengurus pelanggan yang hadir ke kedai untuk mengambil barang yang telah ditempah atau di-lock.
-Memastikan urusan pembayaran pelanggan diselesaikan dengan tepat dan teratur.
-Menyediakan serta mengemaskini rekod jualan harian dan resit pembayaran.
-Mengurus proses penghantaran barang bagi pelanggan yang memilih perkhidmatan postage.
Kelayakan:
-Minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Diploma dalam bidang berkaitan.
-Pengalaman dalam bidang pentadbiran, peruncitan, khidmat pelanggan, atau pengurusan jualan secara live adalah satu kelebihan.
-Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik secara lisan dan bertulis.
-Mempunyai kemahiran pengurusan masa dan penyusunan kerja yang baik, teliti, sistematik, dan mampu mengendalikan pelbagai tugasan dalam satu masa.
-Amanah, bertanggungjawab, dan mampu menjaga kerahsiaan maklumat syarikat.
-Berpenampilan kemas serta mempunyai sikap profesional.
-Mampu bekerja secara individu mahupun berkumpulan. Berkebolehan bekerja dalam persekitaran yang pantas dan mengendalikan produk bernilai tinggi dengan cermat.
- Mampu bekerja shif malam
Faedah:
-KWSP / PERKESO / EIS
-Komisen jualan
-Pembangunan profesional
-Peluang perkembangan kerjaya
Mohon Sekarang!
Hantarkan resume anda ke emel: *************
atau hubungi kami di: ************* PUAN NOR untuk maklumat lanjut.
Job Type: Full-time
Pay: From RM2,000.00 per month
Work Location: In person
Peringatan Penting
Jangan pernah kongsikan maklumat bank atau kad kredit anda semasa memohon pekerjaan. Elakkan membuat sebarang pembayaran atau mengisi survey yang tidak berkaitan. Jika ada yang mencurigakan, sila laporkan iklan pekerjaan ini segera.