jobs in Khairul Bakery Ingredients Sdn Bhd

Kerja Sepenuh Masa PURCHASING ASSISTANT, Gaji tinggi MYR 2,000 di Khairul Bakery Ingredients Pahang - Maukerja

Kongsi
Simpan

Lokasi Kerja

  • Temerloh Pahang Malaysia

Penerangan Kerja

Tanggungjawab

Penerangan Jawatan:

Pegawai Pembelian bertanggungjawab mengurus proses pembelian barang dan perkhidmatan yang diperlukan oleh syarikat dengan memastikan harga yang berpatutan, kualiti yang baik, dan penghantaran tepat pada masanya. Peranan ini penting dalam memastikan stok mencukupi, kos terkawal dan operasi berjalan lancar.

Tanggungjawab Utama:

  • Mengenalpasti keperluan pembelian berdasarkan permintaan dalaman atau jadual stok.
  • Membuat pesanan kepada pembekal (Purchase Order - PO) dan memastikan penghantaran tepat masa.
  • Berunding harga, syarat pembayaran dan masa penghantaran dengan pembekal.
  • Menjalin hubungan baik dengan pembekal sedia ada dan mencari pembekal baharu bila perlu.
  • Menyemak dan membandingkan sebut harga (quotation) daripada pelbagai pembekal.
  • Menyemak dokumen pembelian seperti invois, delivery order dan PO untuk memastikan keserasian.
  • Memantau prestasi pembekal (on-time delivery, kualiti barang, isu selepas jualan).
  • Bekerjasama rapat dengan jabatan gudang dan akaun untuk memastikan proses pembelian lengkap.
  • Membantu dalam kawalan kos dan mencari peluang penjimatan.
  • Menyediakan laporan pembelian berkala untuk pihak pengurusan.

Ciri Peribadi Diperlukan:

  • Teliti dan cermat dalam menyemak dokumen dan harga.
  • Mampu berunding dengan baik dan menjaga hubungan profesional.
  • Boleh bekerja dalam tekanan dan pantas bertindak bila perlu.
  • Bertanggungjawab dan menepati deadline.
  • Komunikasi yang baik secara lisan dan bertulis.

Kelayakan:

  • Minimum Diploma dalam Pengurusan Perniagaan, Logistik, Rantaian Bekalan atau bidang berkaitan.
  • Pengalaman 1–2 tahun dalam bidang pembelian/purchasing adalah satu kelebihan.
  • Mahir menggunakan Microsoft Excel, sistem pembelian atau ERP (jika ada).
  • Tahu asas kira-kira/kewangan (untuk semakan invois & PO).

Waktu Bekerja & Lokasi:

  • Sepenuh masa
  • Bertempat di HQ Temerloh

Job Type: Full-time

Pay: RM1,700.00 - RM2,000.00 per month

Education:

  • Diploma/Advanced Diploma (Preferred)

Experience:

  • Purchasing: 1 year (Preferred)

Work Location: In person

Peringatan Penting

Jangan pernah kongsikan maklumat bank atau kad kredit anda semasa memohon pekerjaan. Elakkan membuat sebarang pembayaran atau mengisi survey yang tidak berkaitan. Jika ada yang mencurigakan, sila laporkan iklan pekerjaan ini segera.

Lebih Lanjut