Operator Pengeluaran (Production Operator)
Tujuan Jawatan
Bertanggungjawab membantu proses penyediaan, pembuatan, pembungkusan dan penyimpanan produk AIwahhh Global mengikut standard kualiti, kebersihan dan keselamatan makanan yang ditetapkan syarikat.
Tanggungjawab Utama
1. Penyediaan Bahan Mentah
- Menerima dan menyusun bahan mentah yang diterima.
- Memastikan bahan mentah berada dalam keadaan baik dan tidak rosak.
- Menimbang dan menyediakan bahan mengikut resipi yang ditetapkan.
2. Pengeluaran Produk
- Menyediakan adunan dan bahan-bahan produk mengikut arahan kerja.
- Menjalankan proses pengisian, penyusunan dan penyediaan produk.
- Mengendalikan peralatan pengeluaran seperti oven, mixer dan blender mengikut SOP.
- Memastikan pengeluaran berjalan mengikut jadual harian.
3. Kawalan Kualiti
- Memastikan produk yang dihasilkan memenuhi spesifikasi syarikat.
- Melaporkan sebarang kerosakan produk atau ketidakpatuhan kualiti kepada penyelia.
- Memastikan tarikh luput dan pelabelan produk adalah tepat.
4. Pembungkusan Produk
- Membungkus produk siap mengikut standard syarikat.
- Menampal label produk dan memastikan maklumat produk lengkap.
- Menyusun produk siap untuk penyimpanan atau penghantaran.
5. Kebersihan dan Keselamatan
- Mematuhi amalan kebersihan makanan (GHP/GMP).
- Memakai PPE yang ditetapkan semasa bekerja.
- Membersihkan kawasan kerja dan peralatan selepas digunakan.
- Mengasingkan dan membuang sisa mengikut prosedur syarikat.
6. Pengurusan Stok
- Membantu dalam pengiraan stok bahan mentah dan produk siap.
- Melaporkan kekurangan bahan mentah kepada penyelia.
- Memastikan bahan disimpan mengikut kaedah FIFO (First In First Out).
Kelayakan
- Minimum SPM atau setaraf.
- Pengalaman dalam industri makanan adalah satu kelebihan.
- Sihat tubuh badan dan mampu bekerja dalam persekitaran dapur/pengeluaran.
- Boleh bekerja secara berpasukan.
- Berdisiplin, rajin dan menepati masa.
- Injection Thypoid (Advantage)
Pay: RM1,700.00 - RM2,300.00 per month
Benefits:
- Additional leave
- Free parking
- Health insurance
- Maternity leave
- Opportunities for promotion
- Professional development
Work Location: In person