TANGGUNGJAWAB UTAMA
- Memasang, mengkonfigurasi dan menguji sistem CCTV, Alarm dan Kawalan Akses (Access Control).
- Menjalankan kerja-kerja pendawaian, ujian sistem dan penyelesaian masalah (troubleshooting).
- Melaksanakan kerja penyelenggaraan, servis dan sokongan teknikal di lokasi pelanggan.
- Memastikan semua pemasangan mematuhi piawaian keselamatan dan kualiti.
- Menyediakan laporan kerja dan dokumentasi asas selepas selesai tugasan.
Cara Kerja & Jangkaan
- Mengikuti arahan dan bekerjasama rapat dengan Ketua Pasukan di tapak projek.
- Menjalani latihan praktikal dan mempelajari kemahiran teknikal secara berperingkat.
- Terlibat dalam projek pemasangan di rumah, premis perniagaan dan kawasan perindustrian.
- Menjaga disiplin, ketepatan masa dan kehadiran yang konsisten.
- Bersedia bekerja di luar (outdoor) dan melakukan kerja lebih masa (OT) apabila diperlukan.
- Meningkatkan kemahiran sehingga mampu bekerja secara berdikari sebagai juruteknik.
Kelayakan
- Mempunyai pengetahuan asas mengenai CCTV atau pendawaian adalah satu kelebihan.
- Sihat tubuh badan dan mampu melakukan kerja di tapak.
- Tidak takut bekerja di tempat tinggi.
- Bertanggungjawab, berdisiplin dan mempunyai keinginan untuk belajar.
- Mampu mengikuti arahan dan bekerja dalam pasukan.
- Graduan baharu dan pelajar latihan industri (internship) digalakkan memohon.
Notis Penting
Jawatan ini melibatkan kerja fizikal dan tugasan di tapak. Calon perlu bersedia bekerja di kawasan luar, dalam keadaan cuaca panas, serta melakukan kerja lebih masa apabila diperlukan. Jawatan ini memerlukan tahap disiplin, komitmen dan tanggungjawab yang tinggi.
Tidak Sesuai Untuk Calon Yang:
- Mempunyai masalah kehadiran yang kerap atau tidak konsisten hadir bekerja.
- Tidak mampu mengikuti arahan atau bekerja di bawah penyeliaan.
- Memohon tanpa minat yang sebenar atau tanpa komitmen jangka panjang terhadap bidang ini.
WALK IN INTERVIEW ARE WELCOME
CAN WHATSAPPS RESUME FOR INTERVIEW: *************
Pay: From RM1,700.00 per month
Application Question(s):
- Adakah anda bersedia untuk melakukan kerja di luar (site work) termasuk bekerja dalam cuaca yang panas?
- Bagaimana anda menguruskan diri apabila bekerja di bawah tekanan atau dalam keadaan masa yang ketat (deadline)?
License/Certification:
- License certificate (Preferred)
Work Location: In person