Kami mencari Junior Technical Technician (Vending Machine) yang berminat dalam kerja teknikal dan bersedia untuk belajar. Jawatan ini membantu dalam penyediaan, pemasangan, penghantaran, ujian dan penyelenggaraan mesin layan diri (vending machine).
Peranan ini memastikan setiap mesin berfungsi dengan baik sebelum dan selepas dipasang mengikut standard syarikat. Calon perlu rajin belajar, boleh bekerja berdikari selepas latihan, serta bersedia bekerja di lokasi pelanggan termasuk outstation jika diperlukan.
Tanggungjawab Utama
- Melaksanakan pemasangan, penyediaan dan ujian mesin/peralatan sebelum proses penghantaran.
- Membantu proses pemasangan dan pelaksanaan mesin di premis pelanggan.
- Menjalankan kerja penyelesaian masalah (troubleshooting), pembaikan dan penyelenggaraan asas mesin/peralatan.
- Memastikan semua mesin berfungsi dengan baik sebelum dihantar atau dipasang.
- Memberikan sokongan kepada pasukan teknikal semasa kerja servis dan operasi dijalankan.
- Melakukan penyelengaraan mesin, pemasangan perisian serta pemeriksaan sambungan rangkaian (jika berkaitan).
- Menjalankan pemeriksaan kualiti bagi memastikan pemasangan memenuhi piawaian syarikat.
- Menyediakan laporan pemasangan, laporan servis dan dokumentasi berkaitan.
- Bekerjasama dengan pasukan Operation, Warehouse, Teknikal serta QA team.
- Memantau jadual pemasangan dan memastikan setiap tugasan diselesaikan mengikut masa yang ditetapkan.
- Membantu penyediaan stok, penyusunan alat ganti dan semakan inventori.
- Mematuhi prosedur keselamatan serta Prosedur Operasi Standard (SOP) syarikat sepanjang aktiviti pengeluaran dan pemasangan.
Kelayakan
- Diploma atau Sijil dalam bidang Elektrik, Elektronik, Mekanikal, Mekatronik, Teknologi Maklumat (IT) atau bidang berkaitan.
- Graduan digalakkan memohan.
- Mempunyai pengalaman dalam mesin layan diri (vending machine), mesin kopi, peranti IoT atau kerja pemasangan teknikal merupakan satu kelebihan.
- Mempunyai kemahiran asas dalam penyelesaian masalah dan pembaikan teknikal.
- Mahir menggunakan peralatan tangan (hand tools) dan peralatan teknikal asas.
- Mempunyai kemahiran menyelesaikan masalah serta memberi perhatian kepada perincian.
- Mampu bekerja secara berdikari dengan penyeliaan minimum.
- Bersedia untuk bekerja di luar kawasan (outstation) apabila diperlukan.
- Mempunyai lesen memandu yang sah. Lesen GDL adalah satu kelebihan.
Kemahiran yang Diutamakan
- Penyelesaian masalah teknikal (Technical Troubleshooting)
- Pemasangan dan pelaksanaan mesin (Installation & Deployment)
- Pengetahuan asas rangkaian (Networking) dan IoT
- Penyelenggaraan mesin
- Boleh berkerjasama dalam pasukan
- Pengurusan masa yang baik
Lokasi Bekerja
Bandar Sunway, Petaling Jaya
Faedah
- Caruman KWSP, PERKESO & EIS
- Tuntutan Perubatan
- Cuti Tahunan & Cuti Sakit
- Peluang pembangunan kerjaya
- Latihan dan pembangunan kemahiran teknikal
- Minuman Coffeebot percuma
- Kenderaan syarikat
- Bonus prestasi dan bonus tahunan
Pay: RM2,000.00 per month
Benefits:
- Health insurance
- Opportunities for promotion
- Professional development
Work Location: In person