Skop Kerja Finance Assistant :
Sebagai Finance Assistant, anda akan bertanggungjawab untuk membantu operasi kewangan harian syarikat bagi memastikan rekod kewangan adalah tepat, lengkap dan dikemaskini.
Tanggungjawab Utama:
- Mengurus dan merekod transaksi kewangan harian.
- Menyediakan dan memproses invois, baucar pembayaran serta tuntutan perbelanjaan.
- Mengurus akaun belum bayar (Accounts Payable) dan akaun belum terima (Accounts Receivable).
- Menyediakan rekonsiliasi bank dan memastikan rekod kewangan adalah tepat.
- Membantu dalam penyediaan laporan kewangan bulanan dan tahunan.
- Memastikan semua dokumen kewangan difailkan dan disimpan dengan teratur.
- Membantu penyediaan dokumen untuk audit dalaman dan audit luaran.
- Berurusan dengan pembekal, pelanggan dan pihak bank berkaitan urusan kewangan.
- Membantu pemprosesan pembayaran gaji serta urusan statutori seperti KWSP, PERKESO, SIP dan PCB (jika diperlukan).
- Mengendalikan tugasan pentadbiran berkaitan kewangan.
- Melaksanakan tugasan lain yang diarahkan oleh pihak pengurusan dari semasa ke semasa.
Kelayakan
- Diploma atau Ijazah dalam Perakaunan, Kewangan atau bidang yang berkaitan.
- Minimum 1–2 tahun pengalaman dalam bidang kewangan atau perakaunan. (Graduan baharu digalakkan memohon sekiranya mempunyai pengetahuan asas yang berkaitan.)
- Mempunyai pengetahuan mengenai pelaksanaan dan pematuhan e-Invoice LHDN.
- Berpengalaman menggunakan portal MyInvois dan/atau perisian perakaunan seperti AutoCount atau sistem yang setara adalah satu kelebihan.
- Mahir menggunakan Microsoft Excel, Word dan Microsoft Office.
- Teliti, bertanggungjawab, berintegriti serta mampu bekerja mengikut tarikh akhir.
- Mempunyai kemahiran komunikasi dan kerja berpasukan yang baik.
Pay: From RM1,700.00 per month
Benefits:
- Free parking
- Maternity leave
Work Location: In person