- Puncak Alam Selangor Malaysia
Lokasi Kerja
Penerangan Kerja
Tanggungjawab
Bina Kerjaya, Sebarkan Manfaat Bersama FASTQ
Content Creator
FASTQ Sdn. Bhd.
Lokasi: Puncak Alam, Selangor
Gaji: RM2,500 – RM3,000 sebulan
Tarikh Mula: Boleh mula kerja selewat-lewatnya 20 Julai 2026
FASTQ Sdn. Bhd. sedang mencari seorang Content Creator yang kreatif, yakin dan berani tampil di hadapan kamera untuk menyertai pasukan Marketing kami. Kami percaya bahawa kandungan yang baik bukan sekadar menarik perhatian, tetapi juga mampu menyampaikan mesej yang bermanfaat, membina kepercayaan dan memberi nilai kepada masyarakat. Calon yang dipilih akan memainkan peranan penting dalam menghasilkan kandungan TikTok yang kreatif, beretika dan selari dengan identiti serta nilai jenama FASTQ.
Amanah dan Tanggungjawab Utama
Merancang content calendar dan strategi kandungan berdasarkan objektif pemasaran syarikat.
Menghasilkan idea, konsep dan skrip kandungan yang kreatif serta berkualiti.
Menjadi talent dan menjalankan proses rakaman kandungan.
Mengedit video pendek yang menarik serta selaras dengan identiti jenama FASTQ.
Menerbitkan kandungan video di platform TikTok mengikut jadual yang ditetapkan.
Menghasilkan sehingga 6 posting video sehari berdasarkan content plan yang telah dipersetujui.
Memantau prestasi kandungan melalui analytics dan mencadangkan penambahbaikan.
Membalas komen serta mengurus engagement dengan audiens secara profesional dan berhemah.
Bekerjasama dengan pasukan Marketing bagi mencapai objektif kempen, engagement dan conversion.
Memastikan setiap tugasan disiapkan dengan penuh tanggungjawab dan mengikut deadline yang ditetapkan.
Kriteria Calon yang Kami Cari
Minimum Diploma dalam bidang Marketing, Mass Communication, Multimedia, Creative Media atau bidang berkaitan.
Mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman sebagai Content Creator atau dalam bidang berkaitan.
Selesa, yakin dan petah bercakap di hadapan kamera.
Bersedia menjadi face of the brand bagi FASTQ Sdn. Bhd.
Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik serta personaliti yang berani, positif dan meyakinkan.
Memahami konsep TOFU, MOFU dan BOFU dalam content marketing.
Kreatif serta mampu menghasilkan idea kandungan yang segar, relevan dan bermanfaat.
Sentiasa mengikuti trend, kandungan viral dan perubahan algoritma media sosial.
Mampu bekerja secara berdikari serta bekerjasama dalam satu pasukan.
Bertanggungjawab, proaktif, amanah dan menepati masa.
Boleh mula bekerja dengan kadar segera.
Kemahiran yang Diutamakan
Mahir menggunakan CapCut atau aplikasi suntingan video berkaitan.
Memahami algoritma, trend dan format kandungan terkini di TikTok.
Mempunyai kemahiran asas fotografi dan videografi.
Mampu menghasilkan kandungan yang berpotensi meningkatkan views, engagement dan conversion.
Peka terhadap trend semasa, viral content dan perubahan tingkah laku audiens.
Mempunyai pengalaman menghasilkan kandungan untuk jenama atau perniagaan merupakan satu kelebihan.
Portfolio Wajib Disertakan
Calon hendaklah menyertakan portfolio atau pautan akaun TikTok yang mengandungi contoh kandungan yang pernah dihasilkan.
Faedah dan Kelebihan Menyertai FASTQ
Waktu bekerja yang teratur, Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi hingga 5.30 petang.
Persekitaran pejabat yang cantik, selesa dan cosy untuk menyokong suasana kerja yang lebih positif dan produktif.
Kemudahan tuntutan perubatan pesakit luar sehingga RM50 sebulan.
Tempat letak kereta percuma disediakan.
Kelayakan cuti tahunan yang kompetitif dan lebih tinggi.
Peluang bekerja dalam pasukan yang mengutamakan kreativiti, amanah dan pembangunan kerjaya.
Ruang untuk menyumbang idea serta menghasilkan kandungan yang memberi nilai dan manfaat kepada audiens.
Bina Kerjaya, Cipta Impak Bermakna
Join FASTQ in our mission to Empower Education Through Nutrition.
Peringatan Penting
Jangan pernah kongsikan maklumat bank atau kad kredit anda semasa memohon pekerjaan. Elakkan membuat sebarang pembayaran atau mengisi survey yang tidak berkaitan. Jika ada yang mencurigakan, sila laporkan iklan pekerjaan ini segera.